May 20, 2011

Morning Sunshine :)

Salam.

Hari ni bangun awal. [macam kebiasaan je pun].

6.30 pagi

tett,tett.
"Jom jog. Siap-siap ok."

Terus bergegas. Bersiap. Keluar jog lagi. Pukul 7 pagi dah keluar menuju ke kawasan stadium. Cantik dan mendamaikan, walaupun pada satu sudut tu terbina gah sebuah stadium besar yang sekarang ini hanya bagai sebuah tugu bersejarah yang paling besar setakat ni la. Apakah yang dimaksudkan? [actually, stadium yang dibina dengan gah suatu ketika dahulu, yang kini telah runtuh]. Jauh kawasan rekreasi tu dalam 15 minit dari maktab. So, kejap je dah sampai, lepas tu terus jog. Hari ni tak boleh nak push sangat, sebab lutut seriously baru lepas terkehel or maybe terseliuh. ;p tu lah, lasak sangat. Lasak kew? hahaha. 

Basah lencun baju sebab peluh terlebih,.ok, tipu..setakat setitik dua je pun..hari ni jalan je banyak. Dua tiga kali round tasik dan sedikit regangan. Lepas tu, masa untuk sarapan. 

#2nd breakfast at McD. Family Breakfast Box A. Done! Seyesly hotcake tu sangat sedap. Mungkin bagi saya. Sebab saya tak suka pancakes!!. First pancake yang pernah dimakan tersangatlah tak sedap. Hinggalah terjumpa hotcakes McD ni. Sekarang ni, bersemangat nak buat pancake kat rumah. ;p Haha, jakunnya,kan.

"Dah elok-elok pergi bakar kalori, pergi tambah kalori baru pulak dah. T___T"

Huhu, itu fakta. Yes, menambah kalori yang banyak. ;( . Akanku berusaha lebih untuk bakar balik kalori yang ada. Lain kali nak bawak bekal susu, dan roti je lah... Err, boleh percaya ke? Last-last, tibai nasi lemak jugak. 

Ok2, haa, sebelum terlupa, masa jog tadi terjumpa seseorang di tasik. Opps, bukan seseorang, tapi pasangan, our friends jugak. Ok, sangat tak sangka, dah berdua rupanya. Ada pengganti yang merawat hati yang lara. Cewah. Maybe, she'll be my new 'biras'..or else...no comment. Not really sure about that. Mungkin masih terlalu awal untuk membuat sebarang tanggapan. Apa-apa pun, dengan hati yang terbuka.. dear, "welcome to the club".. Just like my other 'biras' pernah cakap kat saya sebelum jadi ahli keluarga baru mereka.

that's all,tq. Nak korek rahsia lagi ni. ~~~ hahaha. *gelak jahat.

---> perasan tak, entri ini ada banyak sangat perkataan 'sangat'. Ini sebabnya, penulisnya sangat teruja untuk bercerita entah apa-apa. hehe.

No comments:

Post a Comment