February 27, 2011

::Diriku dalam golongan yang RUGI::

Salam.

Rugi. Memang rugi..rugi la..sebab tak kena sedut darah ngan pacat2 yang mengada2 di Hutan Sekayu dan juga tapak perkhemahan taman pertanian tu. Hehe. [bila tak kena, sibuk je nak kena.. Masa kat sana, terjerit2, terlompat2 bila nampak je kelibat pacat.] Hahaha.

Yela rugi...sebab tak taw macam mana rasa kena pacat. Kesian kat kawan2. Kesan dia memang tak hilang sampai hari ni. Ambil masa kot. Diorang pun tak sedar bila pacat tu bite,..lama lepas tu baru perasaan ada darah. Hebatlah kau pacat! Ish3..

Naseb tak kena sedut, lau tak.. "Pacatttt..bak sini balik darahku.. Sesuka hati je ko sedut.," ngeh3..

Mungkin kali ni bukan giliran princess kot. Next time? Haa?? tak mau kena..tak mau kena jugak. Mintak jauh.. hehehe.

February 26, 2011

:: BIG best!! Nak join lagi bleyh? ::

Salam.


Okeyh, princess nak bercertita kisah berBIG beberapa hari yang lepas. Program tamat petang semalam. Lewat petang baru tiba di kolej kediaman. Sangat kepenatan. Okey, sekarang ni masa untuk bercerita. Penat tu memang tak boleh nak diungkapkan..fuhh, tapi semangat nak berblogging lebih dari segalanya.


BIG Siri Dua kami berlangsung selama 4 hari 3 malam
bermula 22 Feb sehingga 25 Feb 2011.

Peserta,
Unit Sains 1 
Sains 2,
Math 1 
dan Math 2

Di Taman Pertanian Sekayu, Terengganu.
Tempatnya lebih baik dari jangkaan. Cantek jugaklah walaupun ada sedikit kesulitan. Normal la tu, nama pun hutan. Takkan semua nak complete kan?

Handphone dan kamera adalah tidak dibenarkan.


Kami bertolak lebih kurang pukul 2.30 petang. Dugaan pertama kami, salah sebuah bas kami mengalami kerosakan dalam perjalanan. Jadi  jadual bertugas terpaksa diubah pada saat2 akhir oleh kerana kebanyakan pelajar yang terlibat lambat tiba di kem.
___________________________________


Pasang khemah ---> inilah akiviti pertama kami sebaik sahaja tiba di kem hampir jam 6 petang. Sudah semestinya. Kalau tak, mana nak tido malam ni? my camp, no.7.
___________________________________


Gotong-royong memasak ---> for the first day, kami satu unit ditugaskan memasak. Sebaik sahaja tiba terus masuk dapur sediakan minum petang + makan malam sekali. Sangat best! Sambil2 tu, tengok checklist cari bahan2 cukup atau tak. Pilih tugas ni sebab tak taw nak masak kat dapur tu. Nasib dye tak suruh masak guna dapur kayu.huhuhu.
___________________________________


Ice-breaking ---> masa untuk dapatkan nama kumpulan. Sesi kali bertemakan bunga-bungaan. Jadi kami memilih Bunga Matahari mewakili unit kami.
Sebab2 Matahari dipilih:


Warna kuning yang ceria
Besar berbanding bunga2 lain.
Banyak kelopak mewakili setiap ahli kumpulan kami.
___________________________________


Sentri ---> berjaga malam, mengawal keselamatan..itu yang sepatotnya, tapi mostly amik tugas ni pelik sket. Sentri = masa untuk tido di luar khemah..princess pun mcm tu.huhu. maaf. penat sesangat.

Hari pertama: 4 - 6 pagi
Hari kedua: 12 - 2 pagi
Hari ketiga: 2 - 4 pagi


__________________________________


Kembara ---> atau lebih dikenali sebagai jungle trekking. Tersangatlah best. Tidak ku sangka, hutan sekayu ni ada bukit yang curam + penuh ngan halangan. Menguji ketahanan mental + fizikal. Mula2 nak tarik diri sebab tulang belakang sangat sakit masa tu. Doktor dah nasihatkan supaya jangan buat aktiviti2 berat, tapi semua tu tak mematahkan semangat. Banyak memori yang tak dapat dilupakan sepanjang kembara.

--Tergelungsur dari atas sampai bawah..huhu, caket.
--Maen cak2 ngan pacat, hello pacat2 sekalian!!
--Jumpa macam2 pokok herba + serangga yang comel2.
--Kawan2 yang sakit dalam perjalanan..muntah, pening, pitam, gastrik..
--Solat dalam keadaan basah kuyup, atas tanah tanpa lapik, tepi sungai, tanpa kain sembahyang.
--Hidupkan api untuk memasak dalam keadaan hujan. Semua kayu api basah. macam mana nak hidopkan api? camne nak makan ni? dah pun pukul 3 petang waktu tu.
--Panjat pagar yang tinggi untuk ke seberang kebun sana.


Kembara bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 5 petang. Fuhh, non-stop. Sangat kagum tengok kawan2 semua, walaupun ada yang pada mulanya takut2 untuk msauk hutan, last2 mereka jadi berani tempuhi segala rintangan + halangan sepanjang perjalanan tu. 


Kesan2: lengan sakit2 sebab berpaut pada pokok2 sewaktu turun bukit yg curam, dan lutut sebab tahan dari jatuh.
___________________________________


Aktiviti Air --- > Water Confident ;) Mula2 sekali kami dibawa merentasi anak sungai + meredah arus. Agak jauh jugak la. Lama lepas tu barulah kami tiba di tempat yang sepatutnya. Sebuah tasik yang agak besar, nampak dalam yang amat, air pun nampak gelap semacam je. Seram nak turun. Kemudian kami dilepaskan dalam kumpulan dan diminta membuat bulatan. Sesi mengapungkan diri secara terlentang, lepas tu meniarap pulak. Fuhh, I admit, masa tu rasa sangat susah, tak reti nak seimbangkan badan dalam air, asyik nak terapung je. aahaha. Lepas tu, jurulatih suruh lepaskan tangan kawan2. Haa, mula2 terdengar jertitan peserta2. Takut woo.. dah la kaki tak cecah tanah langsung.. jadi tak boleh nak bayangkan berapa takat kedalaman tasik tu.


Tapi kan, tak lama lepas tu, dah boleh terapung sendiri. Hehe, yang paling membanggakan, diriku boleh berenang? Terer sangat ke? haha, asalkan gerak, kira ok la tu kan? Hmm, antara yang terawal jugaklah yang sampai di seberang sana. Best!! Balik nanti nak join kelas renanglah. Pakai life jaket bley la, cuba tengok lau without...mesti tenggelam & tak timbul2.



Lagi satu hal, dalam tasik tu ada lintah. So, kami bersiap sedia dari awal dengan memakai long sleeves, legging..x mo kasi pacat sesuka hati merayap..


Tak lupa jugak aktiviti berkayak. Hahaha. Dah tak mau berkayak. Seyesly fail. tak reti. Uwaa..asyik 'jahit' tasik jew,,..princess duduk bahagian stern/ sbelah belakang. Tak reti nak handle. Give up! tak nak kayak dah.
___________________________________


Malam kebudayaan ---> masa untuk mencungkil bakat... kami diberi tajuk 'Slow Leaner' dan kami memilih untuk membuat satu sketsa berdasarkan tajuk yang diberi. Tapi princess tak terlibat. Malam tu kena jadi juri lak ;) bukan ape, seyesly tak pandai berlakon la.huhu. macam kayu nanti.
___________________________________


Jalan2 Makan Angin Naek Kereta Api ---> Bak kata Encik Mutalib, 'walk walk eat air'.. hahaha. Siren kecemasan bunyi ngan kuat. Time tu tengah meronda, waktu bertugas malam tu. Jam 2.30 pagi. So, bergegas kejut kawan2 laen. Kami kena denda...diminta buat barisan, pegang tali yang panjang dengan jarak 1 depa antara satu sama lain ala2 gerabak kereta api. Semuanya 87 orang. Jalan dalam gelap + hujan renyai2 + dibasahi embun pagi + sejukk.. + pinggang mencucuk2 kesakitan. Plan asal, kena berendam dalam air, tapi lupa suruh pakai life jaket, so tak jadi kena rendam. Fuhh, selamat. Takut sebenarnya sebab gelap. Pacat ada kat merata2 tempat.huhu.
___________________________________


Penutup ---> Perasmian penutup oleh Pengarah IPG KDRI. And special thanks buat Miss Salma selaku tutor ganti kami dan juga Miss Amrien yang setia menemani kami sepanjang BIG. Buat semua pensyarah pembimbing dan juga jurulatih, terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup bertahan dengan kerenah kami.



At last tiba di maktab semula jam 4.30 petang. PENAT sesangat.


*p/s: maaf ye. entri panjang sesangat dan takde gambar. maklumla xley bawak kamera + handphone. huhu.

::BIG?? Takott!! ::

Salam.

Huhu takot. Oppss, jangan salah faham. Bukan takut jadi besar ke apa...cuma takut nak join program ni.

BIG ---> stand for Bina Insan Guru. Program ini diwajibkan kepada sesiapa yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan [PISMP] di semua IPG seluruh Malaysia. And i'm one of them. ;) A teacher-to-be.

Untuk semester pertama ni, BIG kami bermula dengan aktiviti perkhemahan selama 4 hari 3 malam. [Fuhh, sangat lama tu..] Terasa lama sebab tak boleh bawak phone. Susah nak contect sesiapa.. Cuak jugaklah sebelum bertolak..banyak sebabnya..huhuhu.

1. takot tak tahan sebab jarang berkhemah & buat aktiviti luar.
2. dengar cerita, tempat yang kami nak pergi banyak pacat & lintah.
3. tandas ada 1 satu je yang boleh pakai.. tak boleh nak bayangkan 1 tandas terpaksa dikongsi seramai 7 peserta.
4. PMS?? ;p
5. lemah semangat..ngan menda2 halus

hahaha. agak manja and gediks di situ ya. Mengada2 sungguh. Okeyh, sebenarnya takdelah sampai macam tu, cuma rasa tak kuat dari segi mental & fizikal sahaja. Maklumlah, sebelum bertolak hari tu terpaksa berdepan dengan pelbagai aktiviti [action song + aerobik] dan masalah peribadi. Aduhh, penat. Belum hilang penat lagi, dah ditambah dengan penat lain pulak.


Okeyh, princess sambung cerita selanjutnya lepas ni k. Nak tidur jap. ;)

:: Kami spider yang cute::

Salam.

Alhamdulillah. Petang isnin yang lalu, (22 Feb 2011) kami berjaya menamatkan debaran Pertandingan Senamrobik antara unit di IPG KDRI ni. Hehe. Syukur, terima kasih yang tak terhingga buat semua peserta dan krew2 yang bertungkus-lumus memperbaiki step, sediakan audio, dan juga costum yang kami pakai hari ni.

Tema kami:
Spiderman + Spiderwoman
[hehehe, betol ke? iyelah tu..lebih kurang je. Patotnya jadi Phantom Opera, alih2 bertukar ke labah2 pulak.]

Sesi make up and touch up muka bermula jam 2 petang. Fuhh, sangat pedih mukaku bila dipakaikan cat tu. Huhuhu. macam kena sapu dengan cili giling je. Pedih wooo... Tapi takpe, hasilnya cantek! Sangat suka. Bukan selalu kena touch-up macam tu. Sekali seumur hidup kot. ;p

Let's chekidaud gambar2 kitorg:





* tak banyak gambar sangat sebab belum sempat sedut dari thumb drive kawan2.

Inilah hasilnya apabila Math 1 & Math 2 bergabung tenaga. Macam2 idea kreatif terlaksana. 
Terima kasih semua. Arigatou!

February 20, 2011

::Princess dapat header baru! Thanks Diqwan::

Salam.

Hehehe, sangat teruja ni sebab baru je dapat header baru yang dibuat khas utk princess oleh Diqwan yang baik hati. Baru je sertai contest, "Saya Mahu Header Baru" beberapa hari yang lepas, sekarang princess dah dapat.

Jom tengok header baru princess:


Hehe, cute kan? 
girlish + sweet.
nak buat sendiri memang tak mampu la.
Princess dah pasang dah pun, tapi tak pandai nak center kan die.hehehe.
Anyway,
Thanks a lot ya ;)

:: Arghh... I Can't Sleep ::


Am I thinking too much??
maybe YES..lately.. sob3~
T___T
Enough!!

Problems,
please go, stay away from me!
just stay away!!
sob3, i just cant stand anymore...

______________inside of me_______________
i'm scared~~
scared of losing thing that I love + need the most ;(
please dont take MINE
as i need it more than you do... 

Princess, just close your eyes, 
empty mind...
then go to SLEEP now!!

argh, i'll try my best...huhuhu.

February 19, 2011

Mummy Nak Kasi Gift Lagi!!

Salam. 

Princess kena tag dengan Cik Strawberrycincau untuk join GA menarik ni.

Mummy berbesar hati buat GA ni.
Nak taw lebih lanjut, klik banner di bawah ni ya.


Seramai 10 orang follower Mummy yang bertuah akan menerima hadiah istimewa daripada Mummy!!
So, apa lagi, cepat2lah follow mummy k.. 
Kalau boleh tolong tinggal jejak anda semua kat GuestBook..senang mummy nak BW..
...tagkan 5 orang blogger..pastikan diorang tahu... 
macam biasa letak kat sidebar yer banner tuh.....
and lastly letak mummy punya blog dalam bloglist anda. 

kamu ditag:

DONE!!

Segmen: Mata ke Mata

Salam.

Setelah sekian lama tidak ditag, last2 malam ni kena tag jugak oleh Cik Puteri Ketenangan dan Nur Al-Hafila a.k.a Nur Kedamaian. Both are my coursemates. Sangat teruja nak jawab soalan2 tag ni. Sebenarnya segmen ini dibuat oleh Nuruashia.

Kepada sesiapa yang berminat nak join segmen ni, sila la klik banner di bawah ni ye.



Okey, sekarang ni tarik nafas dalam2...
jom kte jawab semua soalan & kenal princess lebih dekat lagi ;)




Details about diri kamu ( nama, umur, asal, current status, education level)
Firstly, nama Engku Farahah. 'Farahah' yang memberi makna kegirangan ;D maybe sebab tu la suka sangat tersengih2 senyum tak bertempat..hahaha.

Umur plak..hehe, segan nak gtau..pada tanggal 11 Disember ni genaplah usiaku 21 tahun. [still muda lagi kan?hak3, bajet jew].
Berasal dari Terengganu.
current status: tett, no comment. Hehe, semestinya kepunyaan Dia Yang Satu, family, kawan2 & orang2 tersayang.
Sekarang sedang menuntut di salah sebuah IPG di Malaysia ni. Semestinya degree in education. InsyaAllah bakal bergelar cikgu math.


Cerita Secara ringkas pasal kesayangan kamu ( parents, pets or lover)
Semua benda pun princess sayang. Tapi takde pets.. sebab alah ngan bulu & tak reti nak jaga elok2. Tak pasal2 ada yang tak cukup makan nanti.hehe.

Yang pasti, 
I love Allah, I love my mom + dad, love my family, my friends and forsure i love him too. Thanks for always being by my side :) Really appreciate it.


Story about your blog (usia belog, kelebihan belog kamu, topic belog kamu )
Blog ni ditubuhkan pada [skemanya ayat..ngeh3] .. November 2008 masa belajar di matrik. Kat matrik bosan sangat kot, belajar tiap2 masa, so bila ada blog ni bleyh la release sket and blog juga sebagai diary. Masa kat matrik, jarang sangat bleyh ulis diary panjang2. 

Kelebihan blog ni pulak.. ada kelebihan ke? Tak taw la, simple je kot. Nak cakap informatif tu takde lah sangat. Kelebihannya sebab semuanya KISAH BENAR. hahaha.. [cakap macam orang laen tak tulis kisah benar diorg jew].. Topik  dalam blog ni lebih kepada diri princess, kisah hidup seharian, idea, dan tak informative sangat pun.  Kebanyakannya luahan hati yang nak dikongsi bersama.


Pandangan mengenai dunia belog sekarang ( pandangan terhadap blogger2 yang kamu follow)
Dunia blog sekarang dah semakin berkembang. Masa mula2 join dulu rasa macam hambar sangat..kurang sambutan, sebab tu la princess stop kejap dan tahun lepas kembali aktif..[ hehe, walaupun xde lah aktif sangat]. Princess sangat suka baca blog orang..and then follow.. boleh dapatkan idea, maklumat baru, shopping online pun boleh. Hebatkan dunia sekarang? Tahun2 depan tak tau la macam mana pulak jadinya.
Blog2 yang selalu jadi perhatian... jenis simple, isi kandungan tak berat sangat, senang paham, banyak gambar2 menarik  ;p. Letak gambar2 + description sahaja pun takpe.


Message for new blogger?
Should be creatif.  Kreatif dalam menulis, kreatif dalam menarik minat pembaca, tidak menciplak hasil penulisan orang lain tanpa kebenaran.
rajin update. rajin blogwalking. rajin cari maklumat.


Cara untuk jadi famos amos blogger mengikut pandangan kamu?
Princess taktaw sebab diri sendiri pun tak femes. Tapi rasanya cara yang paling berkesan ialah dengan promote blog sendiri dengan ber'blogwalking'.. Tinggalkan foot step korang kat blog blogger lain, then insyaAllah dia akan kembali jenguk korang pulak. Haa, paling penting, pastikan entri2 yang ditulis tu boleh menarik minat orang lain untuk singgah + baca. Dalam penulisan, lebih baik jadi diri sendiri, dengan itu para pembaca akan merasa lebih dekat dengan kita. Satu lagi, rajin2 lah buat contest atau segmen2 yang gempak macam Cik Nuruashia buat ni.. pasti femes sebab ramai yang nak join sambil follow blog kita.


done!
ok, sesi nak tag orang lain lak untuk jawab semua soalan di atas ;).. 
dan mereka yang bertuah ialah..


 tarikh tutup:
22/2/2011




Saya Mahu Header Baru

Salam.

Malam ni princess free sket.. bukan free sebenarnya tapi belum mengantuk..dan teringin pulak nak join satu contest menarik ni..


Yeah, itulah nama contest tu.
"Saya Mahu Header Baru" yang dianjur oleh Diqwan.

Syarat2nya:
Follow blog Diqwan.
Buat satu entri, cerita pasal header impian korang.
(Kalau nak review blog pun takde masalah, tapi yang atas tu kena buat).
Tinggalkan link entri korang di ruang komen.
Terbuka untuk semua orang.

Pemenang:
10 yang terbaik akan menang. Jika ramai yang sertai, jumlah pemenang mungkin dinaikkan.

Okey, header impian princess...simple & sweet. Ala2 fairytale sket sebab nak sesuaikan dengan nickname 'princess'. Sangat suka warna putih, pink, baby blue and hitam. Sebenarnya dah lama nak tukar header baru, tapi tak expert sangat nak buat & tak de kesempatan masa. Teringin sangat nak mintak tolong orang buatkan tapi segan.huk3. Jadi, jalan terbaik, join contest ni ;)) Kalau bleh nk kekal nama blog ni, "I'm Your Princess, but not a real one" .. i'm a fake princess.. Hope boleh dapat header impian ni. ;)

Kepada sesiapa yang nak join, jom la klik SINI.


February 18, 2011

:: Rules to Live ::

#1

Okay, let's start for the first one,
 "If you want it, go and get it!!"
Oyeah, that's right! Never give up dear. Chaiyok! Make a target and then try hard to get/achieve it...

#2
Fine!! Maybe it's impossible but we'll never know till we try them, right? It may be possible. Close your ears, ignore the sound and keep trying for what we want to do. # Dont forget: Make sure you have planned everything to succeed ;)Oyeahhh..lets ignore them!! 

Wait2, some people used to say, "dont turn back".. but i think we need to turn back..it's not because of we are weak, it's just we need to look back on what we've done wrong and try to fix it for the next time. It maybe better than before..

#3
Absolutely agree ;) Some of us maybe takes thing too easy.. 
Sometimes, small thing is a BIG matter to someone else.. Huhu. 

We're dealing with people's heart + feeling. 
Everything we do, and say might give a great impact to someone else. Watch out your words and actions k. ;) 
and also feel free to express your gratitude, in showing the appreciation towards others.. Just say "Thanks", even just for a small she/he have done and she/he will smile for whole day long ^____^.

February 17, 2011

:: Action Song: 3rd place?? ::

Salam.

Dah lama sangat dah tak meng'update' blog ni. Bersawang sudah..hehe. Minggu ni sangat2 sibuk dengan tugasan dalaman kelas dan aktiviti2 yang dianjur oleh pihak maktab. Kebanyakkannya WAJIB kami sertai. huhu. [macam terpaksa je bunyinya.] 

FYI, sebenarnya minggu ni merupakan ENGLISH WEEK peringkat maktab. Jadi2, pelbagai aktiviti telah dianjurkan.. dan batch kami diwajibkan menyertai ACTION SONG. pada 14th Feb 2011. Apa2pun, kami still buat latihan sket sebelum hari pertandingan sekadar menyerikan majlis.

Hah, sangat comel. Kena nyanyi lagu kanak2. How sweet! Tersangatlah comel bila tengok semua orang take part & menari macam kanak2 ribena. Cute!! Bukan senang taw. Kami diberikan pilihan sama ada nak pilih English song atau Children song. Mostly lagu yang kami pilih ialah lagu kanak2. Eh, bukan mostly tapi semua kot..

1. Are You Sleeping
2.Wheels On The Bus
3. A B C
4. If You Happy
5. My Sunshine

Jom chekidaud gambar kami sewaktu buat persembahan hari tu :


sangat tak jelas kan?
Gambar yang jelas sket belum transfer dalam laptop,..
ni hasil skodeng and amek dari FB orang laen..hehehe..

Our theme: School Life

Korang nampak tak school bus kat atas tu ?? hehe, sebenarnya bas tu rosak last2 minute. Dah nak dekat sangat dengan masa untuk perform baru tersedar something wrong ngan bas tu. Jadi terpaksa berkejaran ke sana sini cari bahan nak perbetulkan kerosakan. Fuhh, nasib baek semuanya berada dalam kawalan. Bas kami berjaya diselamatkan sebelum tiba giliran kami naek pentas ;))

Terima kasih kepada semua yang dah memberikan kerjasama dan menyumbangkan tenaga serta suara demi pertandingan ini. Jutaan terima kasih diucapkan. :))

Hasil kerja keras kami berbaloikan juga akhirnya. Kami mendapat tempat ketiga. 
Tempat ketiga???
[hua3, silap dengarkah]
Dush3, mimpikah?? Hahaha, sangat2 tak percaya. Yeay!! Langsung tak bajet menang. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.


Terima kasih semua, Math 1 & Math 2.



February 10, 2011

:: Saya 'GEMBIRA' ::

Lately, everything goes wrong and i don't know why ;( sob3..
maybe because i've been thinking too much, i've take everything too serious..

People around me,
i'm sorry for being moody, too sensitive..
as I'm not good in pretending that i'm not.

Lets get busy and at the same time try to forget all the problemss..
is it the perfect way?? hurm..
i'll try as i've no other idea..
share?? erm..not ready to discuss with others.

actually,
what's the problem huh??
arghh.. i just dont know.
just feel uneasy almost everytime ;(



:: FANTASYZ: Elisa ::

sangat2 terharu..
[kenapa ye kebelakangan ni asyik entri terharu je kan..]
hehehe~
apa2 pun layan je la ye ;)

sambil2 berblogcrawling..

terjumpa ini:


hehe..one of my bestfriend wrote this in her blog
and she's Engku Elisa..
one of FANTASYZ group member ;)

tak sangka ye kamu masih tak lupa semua tu. Kami baru sahaja rapat sejak form 1 walaupun kami bersekolah rendah di sekolah yang sama dan berada kelas yang sama waktu tu. hehe. Lisa ni pendiam sikit dan nampak macam pemalu, so takot la nak kenal. bila dah kenal.. pemalu ke? haha, langsung tak..Ok, sejak sekolah rendah dia memang sangat pintar.. salah seorang best student sekolah. x ley lawan dia la. Lisa jugak cantik ye. Ramai kot orang nak usha dia zaman sekolah dulu bila kami jalan sama2. Dia je, saya tak sebab saya chubby sikit. ;p Kami dikatakan kembar dan juga sepupu disebabkan mempunyai eyebrow yang lebih kurang walaupun hakikatnya tak sama pun, dan juga sebab nama kami lebih kurang sama jew.. macam ada pertalian yang sangat rapat ;)

Engku Farahah + Engku Elisa
Sepupu?
tidak...malah lebih dari itu ye..
kami BFF :)

Yess, she's my deskmate for 2 years :) kami berpisah kelas sewaktu form 3 tapi kami tetap rapat. rehat sama2 dan balik sekolah sama2. ikatan tak pernah putus. Bila cikgu tak masuk kelas je, kami pasti pergi melepak di suatu tempat. Bila form 4, lisa berpindah ke MRSM PC :( huhu. sangat sedih waktu tu. Tapi pape pun, kami sentiasa menghubungi antara satu sama lain menerusi call, sms, friendster [waktu tu zaman kegemilangan friendster] and for now facebook.

Tamat je sekolah menengah, lisa sambung belajar di IB, Banting. Sekarang dah habis dah dan menunggu masa untuk sambung pelajarannya dalam bidang perubatan di Ireland :) A doctor-to-be. InsyaAllah. Semoga Allah melancarkan perjalanan kamu.

Gambar terbaru kami sewaktu kuar sama2 CNY yang lepas ;)

Sayang kamu, <3

:: love.LOVE.love.LOVE.love ::


love.LOVE.love.
what's love??


hurm..

dates?? 
dates tak semestinya keluar sama2, makan sama2, jumpa tiap2 masa..
asalkan saling mengingati & bertanya khabar dah memadai.
monthsaries..?? 
huhu, tak larat nak celebrate every month..
anniversaries??
penting ke ea... mungkin juga bagi mengingatkan bahawa 
sesebuah perhubungan yang dibina itu serius..
expensive materials?? 
no need!! 
[membazir je--> ayat biasa bila dapat hadiah]
it's not about the price, but the meaning of it.. 
asalkan ikhlas & dua2nya gembira :)
elegent bf/gf?
perlukah?
mungkin untuk sesetengah individu mahukan seseorang  
yang boleh dibanggakan dengan bf/gf yang macho/jelita..
but for me, asalkan hati baik, dan tahu menghormati pasangannya 
itu dah mencukupi..
kecantikan dalaman lebih penting dari kecantikan luaran..

okeyh,
beri PERHATIAN ya..

how bout??
holding hands, tight hugging, torrid kissing, body touching, 
and sexual intercourse ..??

boleh,

TAPI 
untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga sahaja ;)




makna CINTA versi Princess5050:

hehe..
JUJUR & IKHLAS, 
tidak mengharapkan balasan apabila melakukan sesuatu,
terima pasangan seadanya,
HORMAT akan pasangan..

erm..ape lagi ea..
kena saling percaya... betol x?
walaupun kadang2 tu kepercayaan tu hilang bersama perasaan..
apa2 pun, think wise!

dats all, tq. ;)