February 26, 2011

:: BIG best!! Nak join lagi bleyh? ::

Salam.


Okeyh, princess nak bercertita kisah berBIG beberapa hari yang lepas. Program tamat petang semalam. Lewat petang baru tiba di kolej kediaman. Sangat kepenatan. Okey, sekarang ni masa untuk bercerita. Penat tu memang tak boleh nak diungkapkan..fuhh, tapi semangat nak berblogging lebih dari segalanya.


BIG Siri Dua kami berlangsung selama 4 hari 3 malam
bermula 22 Feb sehingga 25 Feb 2011.

Peserta,
Unit Sains 1 
Sains 2,
Math 1 
dan Math 2

Di Taman Pertanian Sekayu, Terengganu.
Tempatnya lebih baik dari jangkaan. Cantek jugaklah walaupun ada sedikit kesulitan. Normal la tu, nama pun hutan. Takkan semua nak complete kan?

Handphone dan kamera adalah tidak dibenarkan.


Kami bertolak lebih kurang pukul 2.30 petang. Dugaan pertama kami, salah sebuah bas kami mengalami kerosakan dalam perjalanan. Jadi  jadual bertugas terpaksa diubah pada saat2 akhir oleh kerana kebanyakan pelajar yang terlibat lambat tiba di kem.
___________________________________


Pasang khemah ---> inilah akiviti pertama kami sebaik sahaja tiba di kem hampir jam 6 petang. Sudah semestinya. Kalau tak, mana nak tido malam ni? my camp, no.7.
___________________________________


Gotong-royong memasak ---> for the first day, kami satu unit ditugaskan memasak. Sebaik sahaja tiba terus masuk dapur sediakan minum petang + makan malam sekali. Sangat best! Sambil2 tu, tengok checklist cari bahan2 cukup atau tak. Pilih tugas ni sebab tak taw nak masak kat dapur tu. Nasib dye tak suruh masak guna dapur kayu.huhuhu.
___________________________________


Ice-breaking ---> masa untuk dapatkan nama kumpulan. Sesi kali bertemakan bunga-bungaan. Jadi kami memilih Bunga Matahari mewakili unit kami.
Sebab2 Matahari dipilih:


Warna kuning yang ceria
Besar berbanding bunga2 lain.
Banyak kelopak mewakili setiap ahli kumpulan kami.
___________________________________


Sentri ---> berjaga malam, mengawal keselamatan..itu yang sepatotnya, tapi mostly amik tugas ni pelik sket. Sentri = masa untuk tido di luar khemah..princess pun mcm tu.huhu. maaf. penat sesangat.

Hari pertama: 4 - 6 pagi
Hari kedua: 12 - 2 pagi
Hari ketiga: 2 - 4 pagi


__________________________________


Kembara ---> atau lebih dikenali sebagai jungle trekking. Tersangatlah best. Tidak ku sangka, hutan sekayu ni ada bukit yang curam + penuh ngan halangan. Menguji ketahanan mental + fizikal. Mula2 nak tarik diri sebab tulang belakang sangat sakit masa tu. Doktor dah nasihatkan supaya jangan buat aktiviti2 berat, tapi semua tu tak mematahkan semangat. Banyak memori yang tak dapat dilupakan sepanjang kembara.

--Tergelungsur dari atas sampai bawah..huhu, caket.
--Maen cak2 ngan pacat, hello pacat2 sekalian!!
--Jumpa macam2 pokok herba + serangga yang comel2.
--Kawan2 yang sakit dalam perjalanan..muntah, pening, pitam, gastrik..
--Solat dalam keadaan basah kuyup, atas tanah tanpa lapik, tepi sungai, tanpa kain sembahyang.
--Hidupkan api untuk memasak dalam keadaan hujan. Semua kayu api basah. macam mana nak hidopkan api? camne nak makan ni? dah pun pukul 3 petang waktu tu.
--Panjat pagar yang tinggi untuk ke seberang kebun sana.


Kembara bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 5 petang. Fuhh, non-stop. Sangat kagum tengok kawan2 semua, walaupun ada yang pada mulanya takut2 untuk msauk hutan, last2 mereka jadi berani tempuhi segala rintangan + halangan sepanjang perjalanan tu. 


Kesan2: lengan sakit2 sebab berpaut pada pokok2 sewaktu turun bukit yg curam, dan lutut sebab tahan dari jatuh.
___________________________________


Aktiviti Air --- > Water Confident ;) Mula2 sekali kami dibawa merentasi anak sungai + meredah arus. Agak jauh jugak la. Lama lepas tu barulah kami tiba di tempat yang sepatutnya. Sebuah tasik yang agak besar, nampak dalam yang amat, air pun nampak gelap semacam je. Seram nak turun. Kemudian kami dilepaskan dalam kumpulan dan diminta membuat bulatan. Sesi mengapungkan diri secara terlentang, lepas tu meniarap pulak. Fuhh, I admit, masa tu rasa sangat susah, tak reti nak seimbangkan badan dalam air, asyik nak terapung je. aahaha. Lepas tu, jurulatih suruh lepaskan tangan kawan2. Haa, mula2 terdengar jertitan peserta2. Takut woo.. dah la kaki tak cecah tanah langsung.. jadi tak boleh nak bayangkan berapa takat kedalaman tasik tu.


Tapi kan, tak lama lepas tu, dah boleh terapung sendiri. Hehe, yang paling membanggakan, diriku boleh berenang? Terer sangat ke? haha, asalkan gerak, kira ok la tu kan? Hmm, antara yang terawal jugaklah yang sampai di seberang sana. Best!! Balik nanti nak join kelas renanglah. Pakai life jaket bley la, cuba tengok lau without...mesti tenggelam & tak timbul2.



Lagi satu hal, dalam tasik tu ada lintah. So, kami bersiap sedia dari awal dengan memakai long sleeves, legging..x mo kasi pacat sesuka hati merayap..


Tak lupa jugak aktiviti berkayak. Hahaha. Dah tak mau berkayak. Seyesly fail. tak reti. Uwaa..asyik 'jahit' tasik jew,,..princess duduk bahagian stern/ sbelah belakang. Tak reti nak handle. Give up! tak nak kayak dah.
___________________________________


Malam kebudayaan ---> masa untuk mencungkil bakat... kami diberi tajuk 'Slow Leaner' dan kami memilih untuk membuat satu sketsa berdasarkan tajuk yang diberi. Tapi princess tak terlibat. Malam tu kena jadi juri lak ;) bukan ape, seyesly tak pandai berlakon la.huhu. macam kayu nanti.
___________________________________


Jalan2 Makan Angin Naek Kereta Api ---> Bak kata Encik Mutalib, 'walk walk eat air'.. hahaha. Siren kecemasan bunyi ngan kuat. Time tu tengah meronda, waktu bertugas malam tu. Jam 2.30 pagi. So, bergegas kejut kawan2 laen. Kami kena denda...diminta buat barisan, pegang tali yang panjang dengan jarak 1 depa antara satu sama lain ala2 gerabak kereta api. Semuanya 87 orang. Jalan dalam gelap + hujan renyai2 + dibasahi embun pagi + sejukk.. + pinggang mencucuk2 kesakitan. Plan asal, kena berendam dalam air, tapi lupa suruh pakai life jaket, so tak jadi kena rendam. Fuhh, selamat. Takut sebenarnya sebab gelap. Pacat ada kat merata2 tempat.huhu.
___________________________________


Penutup ---> Perasmian penutup oleh Pengarah IPG KDRI. And special thanks buat Miss Salma selaku tutor ganti kami dan juga Miss Amrien yang setia menemani kami sepanjang BIG. Buat semua pensyarah pembimbing dan juga jurulatih, terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup bertahan dengan kerenah kami.



At last tiba di maktab semula jam 4.30 petang. PENAT sesangat.


*p/s: maaf ye. entri panjang sesangat dan takde gambar. maklumla xley bawak kamera + handphone. huhu.

7 comments:

  1. saye nak g lagi sekali gak..saye tak kisah kalo disuruh jungle tracking + water confident + kayak + walk-walk eat air + jalan kereta api..TAPI saye nak tidur dalam bilik yang ade tilam jep..ngeh3..sebab tidur lam khemah sempit dan sakit badan...hoho. Jom pergi lagi untu unit MT 1 & MT2..jom..ngeh3

    ReplyDelete
  2. yeah, itu la semangat yang kita nak. memang nak p lagi. Best!! lau duk atas tilam tu bukan berkhemah nmanya. bley je, kne beli khemah yang besar punya. hehe, satu je yang tak best, masalah tandas yang x ckup + tak bersih. gatal2 abes da kulit ni.

    ReplyDelete
  3. jom wat kat merang lak..lagi best! haha :P

    ReplyDelete
  4. princess5050: xkite buat kem math jep..ngeh3, bercuti..kite uat la jungle tracking semua tuh..best la..tp make sure tidur lm bilik jep...

    akak wanny: taknak buat merang burn la muke KAMI..ngeh3..senior la pergi sane lagi buat kem math..weee..gurau jep..ngeh3

    ReplyDelete
  5. wanny: jom2. kat pantai tkot burn..pergh, ngadew tol kan..hehe. meh wat kat sekayu.seyes best. takpun kat kenyir ke..hehehe.

    Nur Al-Hafila: wah, gud idea. best2. tak mo dah tido dlm khemah. pacat berkeliaran di merata tempat. haha. hish. sesuka hati jew memanjat sana sini. argh, mmg dendam ngan si pacat ni..

    ReplyDelete
  6. niniey: best la dear walaupun tersangatlah penat..join k ;)

    ReplyDelete