December 31, 2012

Top 20 | Contest Saya Sayang Kamu, Sahabatku :)

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Selamat pagi semua! Pagi terakhir bagi tahun 2012. :) Dah buat azam baru sempena 2013? Hehe, ke dah ada yang buat waktu awal Muharam lagi? Bagus, bagus. Moga segala azam yang ditetapkan dapat dicapai. :) Amin, amin.

Pertama sekali, saya ingin memohon ampun dan maaf atas keterlewatan bagi mengumumkan senarai pemenang. Pasti ada yang tertunggu-tunggu. Maaf ya. Betul-betul susah nak buat pilihan. Banyak sangat yang menarik hati. Ohh.

Sedikit review, yang menariknya, kebanyakan dari mereka mempunyai nama hampir sama. Apa ea? Lupa dah. Ada juga yang mempunyai nama ayah lebih kurang sama, huruf pertama bagi nama pun sama. Same as me. Even my best friend and I pun mempunyai nama yang lebih kurang sama. Pernah suatu hari ada yang tertukar nama kami.

Me : Engku Farahah 
My Friend : Nurul Farhana 

Then hasilnya : Engku Farhana :D

Mana-mana pun boleh.

Dan juga kebanyakkannya tak sangka jadi kawan. Mula kenal masa daftar, masa form 1, form 4. Lepas tu jadi kawan sekepala, gila-gila. Indah sungguh persahabatan tu kan. Terima kasih kepada semua yang ikhlas bercerita, sehingga tidak sedar bahawa entri panjang lebar. Tidak mengapa. Tak salah berkongsi cerita. :)

Terima kasih juga kepada semua yang sudi menyertai CONTEST ini. Tujuan utama bukan hendak mengumpul ribuan followers, sebab itu tidak menwajibkan peserta follow blog ini. Just want to share the happy feeling of having friends by our side. Suka tengok semua gembira. Kalau boleh nak berikan semua orang hadiah, tetapi masa sangat suntuk.

Dengan berbesar hati, saya umumkan top 20. Sebelum tu nak beritahu sesuatu. Doa-doa anda telah dimakbulkan. Dan saya ada rezeki lebih sedikit. Jadi kesemua top 20 bakal memenangi sekeping kad buatan tangan, ikhlas dari saya, Miss EFEO. Just a simple one.

Present to you, the TOP 20 : I put the URL in random. One of them is the winner. Not gonna tell you yet. Will update soon.
  1. http://ladymimie2706.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  2. http://radindafina.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  3. http://croptodope.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  4. http://aminahazam.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  5. http://dieylapunyerblog.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  6. http://www.ordinarygurl-sue.my/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  7. http://sayacikamal.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  8. http://stopsayingaboutmeokay.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  9. http://amyrahartawan.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  10. http://whenicallmynameshikin.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  11. http://wanfarahnaimah.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  12. http://biehaabdul.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  13. http://finggi.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  14. http://xiaoaiwen.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  15. http://hananhadila.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  16. http://www.aingraphic.my/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  17. http://picturefinding.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabat-ku.html
  18. http://kutahukuadamu99.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  19. http://tirahmaganda.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html
  20. http://iniepiloginsan.blogspot.com/2012/12/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html

Yeay, tahniah ! 
Kepada semua yang tersenarai di atas, pm me your details, here, engkufarahah@gmail.com

Sorry for the late update. Got soo many things to do.

:) Take care.

December 29, 2012

As easy as 123?

Assalamualaikum w.b.t.

Not really. Quite busy. Penat. Sibuk membaca entri-entri anda sekalian untuk contest tu ! Yeay ! Susahnya nak cari pemenang and ada a few blogs yang tak boleh nak bukak. Dan ada yang dah delete entri. Sobs. What to do. Ada yang privatekan blog tu. Jadi susah nak judge. Please allow me to read those entry. Huhu. Mohon sabar ya semua. Iolls sangat tekun memilih. Lebih dari study untuk exam. *Over. Padahal memang tak masuk exam pun. Bukan apa, nak pastikan bahawa pemenang tu memang betul-betul layak. * Pada mata dan jiwa iolls la. Mohon sabar dan maaf jika buat anda tertunggu-tunggu. 

Ok, too excited. 


Oh, abaikan part gambar gemuks itu. Cedok kat mana entah. Janji boleh kasi Abang JPP tu laminate dan  gantikan lesen baruu. 


Nombor cantek. 1 2 3. but not that easy.

Lepas 2 tahun baru dapat. Disebabkan apply lambat, so lambatlah dapat. Masa tu tak gila stereng sangat. Tak gila jalan-jalan sebab nak ke mana-mana je ada yang bawakan. Lepas tamat je Matrik, dengan semangatnya terus ambil kelas driving. haa, ada yang pernah belajar di Kolej Matrikulasi Pahang? anyone? Rinduu. Sempat habeskan masa setahun kat sana. Then, sambung degree kat UiTM for two months.*ok, cerita tak ada kaitan.

Alhamdulillah.

Dengan sekali lafaz, opps, dengan sekali tarik, pelekat "P" , stand for Professional driver :p telah selamat masuk tong sampah. Hahaha. Hamboi. Dulu bila dapat "L", mengada nak "P". Sekarang main campak-campak macam tu je kan. Sampai hati kauu. Ecece.

Ok, nak sambung baca entry contest ! Doakan semua dipermudahkan oleh-Nya. :)
Selamat malam semua.

Terima kasih sudi singgah dan baca.


December 26, 2012

satay, err sate :D

Assalamualaikum w.b.t. 

Selamat petang sahabat :)

Sejak sebulan lepas kempunan sangat nak makan sate ikan. Sangat-sangat teringin mengalahkan orang mengandung yang mengidam. Bezanya, tak ada husband lagi untuk carikan makanan ni. Huhu. *fine, mengada. Sate ayam dan daging tu adalah. Mak dah belanja masa birthday hari tu and my uncle juga belanja sate paling faymes di Jabi, Terengganu. Sate Lanang. Siapa yang tinggal area sini, sure kenal sangat dengan kedai sate ni. Sentiasa penuh. Susah nak cari tempat duduk ok. Limited. Bukan tak ada tempat, cuma orang terlampau ramai. Femes tak femes, iolls tetap nak sate ikan jugak. *oh, tak tahu bersyukur betul kan. T_T Nak buat macam mana. Dah teringin. sobs.

Sehinggalah petang semalam. Waktu masuk ke perkarangan pasar sambil teman akak cari barang-barang sikit, then ternampak pakcik motosikal dengan satenye. Oh, itu diaaa ! Craving for that thing ! Bila Angah parking je kereta, iolls terus keluar bawak si kecik. Jalan laju-laju takut tak sempat kejar. Dengan excitednya terus tempah, "Pakcik, sate RM5. 3 pedas. 2 manis." 5 ringgit je?? Kata kempunan. Cukuplah tu. Bukan nak makan kenyang-kenyang pun kan. Lepas kempunun dah cukup. Haha. Sekarang dah mahal. Kalau dulu, secucuk saplohsen. Sekarang ni, duaplohsen pun belum tentu dapat.

She's soo cute. Isn't she? Hohoho. 

Hehe, ok, this is cutie Hunny Bunny :p. My youngest niece, Engku Nur Hanee. Atau nama Koreanya Oh Ha Nee. Wahaha, terpengaruh cerita Playful Kiss. lol. :D Semangat betul menghabiskan sate. Banyak cucuk jugak dimakannya. Comot macam Mak Su nya jugak. Naseb gambar iolls tak ada kat sini. wehee.

Oklah, jom solat asar dan siapkan minum petang !
Terima kasih sudi singgah dan baca :)

December 25, 2012

news!

Assalamualaikum w.b.t.

I'm here again. Quite busy lately, but still ada masa untuk jenguk blog-blog peserta dan list out top 20. It's really hard you know. Semua best. T__T. Ada juga sampai nak nangis iolls baca tahu. Ok, chill2. In Shaa Allah, pengumuman pemenang akan dibuat paling awal pada 30 Disember 2012. Sehari sebelum iolls berangkat pulang ke kampus untuk memulakan semester baru.

Ok, berita terkini. Riuh bercerita mengenai banjir sana-sini. Yup. Terengganu is my hometown. Dan sekarang tengah banjir. Alhamdulillah, rumah iolls berada hampir dengan kawasan pantai, jadi banjir jarang atau tidak berlaku. *Setakat ni belum pernah terjadi. Kawasan pantai berpasir, so air cepat surut. Kalau pantai pun banjir, alamatnya tenggelam 1 negeri. *ok, over.

Few pictures ambil petang tadi masa keluar ke pekan Jerteh. *While on the way.







Teruk juga. Air makin naik walaupun tidak mengalami hujan lebat. 

Untuk warga Besut Terengganu pulak,
berita buruk lagi. without any notice beberapa hari sebelum. nasib hari ni cuti sempena hari natal.

Warga Besut pada hari ini kemungkinan seluruh besut alami masalah gangguan bekalan air kerana akibat dari empangan pecah dan air banjir yang banyak telah masuk ke dalam LOJI AIR BUKIT BUNGA HULU BESUT
sekarang pihak SATU(syarikat air terengganu)terpaksa berhentikan proses salurkan air dari loji buat sementara waktu.
tindakan baik pulih sedang dilakukan ketika ini di loji bukit bunga
jangkaan air kembali pulih di rumah bergantung kepada keaadan banjir dan cuaca.
harap maklum..

Sementara waktu tu bunyinya macam lama je kan. Macam-macam ujian. Meskipun tidak terkena musibah banjir, sebahagian penduduk turut merasa ketiadaan bekalan air. Akibat ribut dan angin kencang beberapa hari lepas, ada juga berlaku ganguan elektrik. Rumah iolls yang sememangnya 1km dari pantai ni sangat-sangat terasa bila angin kencang. Mahu terbang rumah. Pokok kelapa menari terliuk lentok. Nasib tak patah je.

Ini sikit je ujian dari Allah. Dia mampu beri lebih lagi. Ya Allah, mohon cukup setakat ini. Apa-apapun, diharap semua mangsa selamat dan moga-moga tiada gelombang kedua. Sekolah dah nak mula, harap semua dapat mula sekolah dalam keadaan selesa. *Caring tak bakal cikgu ni? :D

Sampai sini sahaja update untuk hari ini. :D
Selamat malam.

Terima kasih sudi singgah dan baca.


December 23, 2012

Update | Senarai Peserta Contest SSKS


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, berjaya juga senaraikan peserta yang menyertai contest ini. Dah macam buat bloglist. Memang bloglist pun. Bolehlah sama-sama jenguk blog rakan lain dan follow. Di samping dapat tambah kenalan baru. :)


Kumpulan 1
















Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7


Buat macam ni baru mudah sikit nak semak. :) 
Andai ada link penyertaan yang tertinggal, sila respon ya. 
Terima kasih semua. :D





few minutes left

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam beberapa minit sahaja lagi maka tamatlah Contest | Saya sayang kamu, sahabatku ! Jutaan terima kasih buah semua yang sudi menyertai contest ini meskipun hadiahnya tidak seberapa. 

Masih menunggu peserta saat-saat akhir. :)

Inshaa Allah, senarai akhir peserta akan dibuat dan di'update' dari semasa ke semasa. Pengumuman pemenang akan diberitahu kemudian. :) 

Terima kasih semua.
Selamat malam.

Contest | Saya sayang kamu, sahabatku !

Ini adalah entri melekat.
Untuk entri terbaru, scroll ke bawah.
Terima kasih.


Assalamualaikum w.b.t.

Moga sihat semuanya. Teruja nak mula. Ok, sempena cuti sekolah ni, saya, tuan empunya blog ini akan mengadakan satu pertandingan. Contest ye. Seperti yang tertera pada taju entri :

Contest | Saya sayang kamu, sahabatku !




Syarat-syarat penyertaan adalah sangat mudah.
  1. Blogger Malaysia.
  2. Tidak wajib follow blog ini.
  3. Buat satu entri mengenai contest ini dan letakkan sekali banner contest.
  4. Dalam entri tersebut, sertakan sekeping gambar anda bersama seorang sahabat baik. [Wajib]
  5. Jawab soalan berikut :
    1. Nama anda dan sahabat.
    2. Ceritakan serba sedikit mengenai sahabat anda.
    3. Mengapa anda sayang dia?
  6. Boleh tag rakan blogger yang lain juga. [Tidak wajib]
  7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan jawapan paling menarik.
  8. Pastikan paste link entri anda di ruangan komen entri ini.
Mudah kan ?

Hadiah !!

Misteri
Akan diberitahu kemudian. In Sha Allah.
Khas untuk anda dan untuk sahabat tercinta sekali tau !

Tarikh tutup contest ini pada 23 Disember 2012.
Jam 11.59 malam.




Semoga berjaya.


December 21, 2012

21.12.12 T_T

Assalamualaikum w.b.t.

Genap setahun pemergian ayahanda tercinta. Rasa macam baru je berborak, lap badan beliau, bersihkan muka, sediakan susu. Rupanya setahun sudah berlalu. Cepatnya masa berlalu pergi kan..

Tidak dapat nak ziarah pusara hari ni. Cuaca tidak mengizin. Sangat rindukan arwah saat ini. Terima kasih ya Allah, atas kekuatan yang Engkau berikan padaku, ibuku, keluargaku. Alhamdulillah. Saat-saat sukar itu mampu kami tempuhi dengan tabah. 

Melihat arwah terlantar sakit untuk beberapa tahun, lebih memeritkan. Terkadang kami memohon agar dia dijemput lebih awal agar tidak lagi merasai keperitan dan kesakitan saat terlantar. MashaAllah, sangat terseksa.

Ya Allah, tempatkanlah ayahandaku dalam golongan yang beriman, antara golongan-golongan yang Engkau redhai.

al-Fatihah.

Sampaikanlah rinduku buatnya. We miss you.

December 19, 2012

Love, from Spain

Assalamualaikum w.b.t.


Surprise !

and I'm surprised.

This is from my bestie. Ingatkan dah lupa sebab dah sangat lewat. *Sangat lewat for a best friend. More than a week. Tapi tak kisah pun sebab memang tahu, she's on visit. Biasalah tu. Lagi-lagi sedang menghabiskan sisa-sisa tahun akhir di Warwick. Pantang ada cuti je travel sana sini. Jealous iolls tahu. Tak kisahlah. Moga sukses selalu ! Love you lah ♥

Ok, I surrender. Bab-bab video, vlog ni I memang tak boleh. Maluuu. *konon. Haha, camwhoring is okay. Tapi, untuk video segala tu memang tak boleh. Kekok, kaku, kayu. Semualah. Berdebar semacam. Macamlah masuk TV kan? Haha, I don't care. So, kesianlah untuk kawan-kawan dan yang tersayangss sebab tak akan ada live video. Except, video yang I buat sendiri tanpa perlu bercakap depan kamera. :D tehee. No recording please ! :p

Got to go. 
Result PMR keluar hari ni.
Good luck dear niece, Dalila.

:)

Terima kasih sudi singgah dan baca.
Till then, take care everyone.



December 18, 2012

Typography | L O V E

Assalamualaikum w.b.t.

This is my very first typography. Satu kaedah dalam quilling. *eh, betul ke?


Sangat simple and hodoh. Tapi puas hati lah jugak sebab first try menjadi. and not bad kata kakak. Abaikan bahagian-bahagian yang tak kemas tu. Maafkan saya. Saya budak baru belajar. Tak ada sifu  pun. Not even mentor. :p Just try ikut contoh-contoh yang ada di Google. Sangat adore mereka punya hasil kerja. Macam manalah mereka boleh sesabar itu. I'm not that type. 





Semalaman tahu buat benda alah ni. Malu nak tunjuk kat uolls semua. Buruk. Malu dengan senior-senior dan crafters lain.

Oklah, gotta go. 
Selamat petang !

Thanks for reading :)



towards the end :')

Assalamualaikum w.b.t.


Sekeping kad biasa.

Sangat bermakna untuk hampir setahun ini. 
Dan ia akan berakhir dalam masa beberapa hari sahaja lagi. 

Oh, nama penuh di situ. abaikan.

Exco Kebudayaan dan Kesenian? Berseni sangat ke you? Kebetulan sahaja waktu perlantikan tu dapat jawatan. Bolehlah. Yang frust, tak sempat buat banyak aktiviti. 

Waktu penat bekerja, pernah juga mengeluh, "oh, bila nak habis kerja ni?". Kedengaran sungguh tak ikhlas kan? Sejujurnya, amat ikhlas dalam menjalankan tugas. 

"Alah, wakil pelajar je pun. Kerja apa je sangat?" Em, no comment. Why not you join us. ^_^ Or next year be a part of the team. Then you will know the pressure. Saya tak hebat, jadi tekanan tu dapat dirasa.

Ramai yang bertanya, tak penat ke? tak serik eh? Penat tu memang wajiblah. Kerja apa je yang tak penat kan. Penat bila mengendalikan majlis besar. Bukan mudah. Nak menjayakan sesuatu perlu ada perancangan. 

Like this :

mesyuarat 1 (bahagi tugas) > mesyuarat 2 (agih masterplan) > mesyuarat 3 (persiapan akhir/keperluan) > pinjam peralatan > persiapan tempat > rehearsal > MAJLIS > kemas/hantar peralatan > post mortem

Step by step. Itu adalah asas. Silap langkah, rosak majlis. Dulu, I sangat perfectionist. Disebabkan terlalu kejar kesempurnaan dalam kerja, sanggup selesaikan tugas tu sorang diri. Now, I learn how to let go. To trust people. They can do better.

Life sedikit berbeza. Sikit ke? Entahlah. quite diff for me.

  • Jarang dapat lepak dengan rakan sekelas. Sebab selalu je tak ada dalam kelas. Pantang ada gap atau waktu rehat, terus hilang, Waktu kelas mula, ada balik. hehe.
  • Bila time busy sangat, tak sempat cakap-cakap dengan rumate meskipun sebilik! Kesian dia. I am so sorry. Next year tidak lagi.
  • Susah nak plan buat pairwork dan assignments. My partner selalu kena check on my schedule, are you busy? this evening will do? got meetting again? terima kasih sebab bersabar dan bertahan.
  • Banyak masuk meeting. Kadang-kadang pernah juga mula jam 7.45pm till 12am. Bayangkan perasaan waktu tu...mata dah merah sebab dah banyak kali menguap, sangat mengantuk, lapar. Mulalah tak fokus dan main-main. Eh, tipu jek. Walau jam berapa pun tamat, tetap kena serius.  Yes, serius! Lagi main-main, lagi lambat habis tahu.
  • Selalu jalan laju-laju, sebab banyak kerja nak diselesaikan a.s.a.p. No lenggang-lenggang okay. 
  • On-call dah macam doktor dah gayanya. Kena alert sebab akan ada kerja atau info ad-hoc.
  • Ponteng kelas. Most of the time i try not to skip any classes, especially my major, Calculus. Mahu ketinggalan yang amat sangat kalau skip even just for one hour. I jenis yang malas study kat bilik, jadi kena tumpu sepenuhnya waktu kuliah.
  • Berat naik, pipi macam pau. Haha. Patutnya makin sibuk, makin kurus. Ini tak. Honestly, memang penat, banyak jalan sana-sini. Tetapi, otak pun penat jugak. Bila dah letih, perut pun lapar yang amat. So, lepas kerja terus makan, then balik bilik terbaring. Tak larat nak buat kerja lain dah even riadah. *Oh, alasan !

Semestinya sedih hendak melepaskan jawatan ni. Bukan sebab gila kuasa, populariti, or whatsoever yang orang mungkin fikir, tetapi kerana bakal kehilangan satu famili. Apabila terkenangkan ukhwah yang mula terjalin sejak setahun yang lalu antara ahli bakal terputus oh sedihnya..Opps, bukan terputus tetapi akan ada jarak sedikit. Kalau dulu, tiap-tiap hari dapat jumpa sebab tiap-tiap hari meeting, bincang hal kerja. Kalau tak jumpa pun, still texting even pasal kerja. Nanti tidak lagi. Sedihnya. Organisasi kali ini bukan sahaja mengenai menggalas amanah, malah lebih dari itu. Pengalaman itu sangat sangat bermakna.

Berpegang kepada motto, susah senang kita bersama, I always try my best to be there, with them untuk menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. 27 of us. Masing-masing perlu memainkan peranan yang tersendiri. Memang tidak dapat dinafikan, ada saja yang tidak muncul pada waktu yang sepatutnya. Apakan daya. Just think positive. Mungkin mereka ada kerja lain kot, yang lebih penting.

Quiet hectic, life as JPP. Susah tahu nak penuhi semua harapan dan kehendak pelajar lain. Cakap memang mudah. Tetapi proses hendak melaksanakannya itu yang susah. Huhu. Padan muka. Baru tahu tugas tu susah. Dulu-dulu tahu komplen saja. Sekarang, terpaksa explain masalah sebenar pada pelajar lain lak.

Popular ke jadi JPP? Tidaklah. Tidak sehebat MPP. Tiada kelebihan pun. Sama saja dengan pelajar biasa. Rasa macam pengawas sekolah je sikit-sikit. Tak popular pun, tetapi dikenali bagi yang biasa berurusan. Banyak kerja yang dibuat adalah kerja sebalik tabir. So, sesiapa yang juga bekerja dibalik tabir akan jumpa dengan saya. Ayat yang paling femes, "eh akak JPP!". Haha. Dah terlekat gelaran macam tu. Next year dah tak ada dah. :D

Nak bertanding lagi tak? Mungkin tidak. Bagi peluang pada yang lain. In Shaa Allah, pengalaman yang lepas ni sudah cukup buat bekal masa akan datang. Selebihnya akan dicedok menerusi program lain. Memang diakui, rasa tak puas itu masih ada. Masih ada yang ingin dibaiki berbekalkan pengalaman lepas. Ingin cuba betulkan kembali kesilapan lalu. Apa boleh buat, JPP sesi 2012/2013 bakal dibubarkan awal tahun depan. Kata YDP, dalam minggu pertama atau minggu kedua disebabkan semester 7 akan mula berpraktikum pada hujung Januari. Saat pembubaran, maka, terlepaslah amanah, dan lucutlah jawatan yang disandang.

Kami sudah cuba yang terbaik, buat yang terbaik, namun kami bukanlah yang terbaik. Moga JPP sesi akan datang lebih mantap lebih dari yang kami telah lakukan.

Baru perasan, panjangnya entri.
Terima kasih sudi singgah dan baca.

Till then, take care :)

December 15, 2012

Update Hadiah Contest | Saya sayang kamu, sahabatku !

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Peserta Contest | Saya sayang kamu, sahabatku ! semakin bertambah. Lebih 60 orang peserta. Masing-masing mempunyai kisah yang sangat menarik dan ada juga menyentuh hati. :) Agak susah untuk memilih. Semuanya best-best. Tetapi tidak mengapa, masih berbaki 8 hari lagi. Bagi yang belum sertai, jom sertai cepat ! Hadiahnya?




Hadiah masih dalam penyediaan dan pencarian. Berita baik ! Hadiah bagi pemenang akan disediakan sendiri oleh saya. My humble handmade. Humble? Sesuai ke dalam penggunaan ayat tu? hehe. Abaikan. Kerja tangan biasa-biasa sahaja. Seboleh-bolehnya nak sediakan yang terbaik. Seperti yang dijanjikan, saya tetap kena nyatakan hadiahkan yang akan diberikan. p Tapi, maaf. Tiada gambar. Semua masih dalam penyediaan.

Antaranya ialah :

2 sets Mini Pillow
1 pair handphone stopper
1 pair handmade notebook/diary
1 pair friendship bracelet
2 handmade cards


Khas buat pemenang untuk dikongsikan bersama sahabat tercinta itu. Yeay ! Menarik tak? Moga-moga kamu semua suka. Maklumlah tiada sponsor. Semua sendirian berhad. Saja nak kongsi hasil kerja tangan sendiri dengan orang lain. :) Jika ada sebarang penambahan akan diberitahu kemudian. Doakan Cik EFEO murah rezeki yep. Boleh sediakan lebih lagi.

Kurang sihat kebelakangan ini. Doakan saya cepat sembuh juga. :)
Selamat malam semua.

Terima kasih sudi singgah dan sertai contest !


December 11, 2012

From Mr.Google




11.12.12
My 22nd Birthday !

Wishes?

A lot.



December 4, 2012

December in Memory

Assalamualaikum w.b.t.

Hello December ! I love December ! But why? My birthday, will be soon. Yeay. 

But last December gave me an unforgettable memory. A bad one. Hard to forget, and never forget. The day that He took my Hero away, forever. Away from me, my mom, my family. December, 21. The last day, I saw his handsome face, smile, and everything. I wish I can hug him again. Even just in a dream.  May Allah bless him. Al-Fatihah. 

I love you, abah. 
Always and forever. In shaa Allah.

Miss you badly. T___T


November 30, 2012

Promo, promo, promo !

Assalamualaikum w.b.t.

Dah macam duta produk je. :P Tak adalah. Jauh sekali.

Dua hari ni asyik ulang alik ke bank. Keluar masuk. Maybank. Cimb Bank. BSN. Dah macam buat lawatan ke bank-bank berdekatan dah nampak gayanya. Ini yang susahnya bila terpaksa ambil alih kewangan kelas buat sementara waktu. Terpaksa agih-agihkan duit untuk sama-sama menempah tiket penerbangan.

We need to book the tickets. To Beijing. 14pax. Jadi sangat susah sebab ada limitnya. Maksimum 4 orang untuk harga promosi yang ditawarkan. Please Airasia, be nice to us. 


Only RM633 per person.
Promo till 1 Dec 2012 only. Xmas Big Sale.

Sangat murah berbanding hari-hari biasa. Mana taknya, kalau dapat book yang ini, kami dapat jimat sehingga RM6k +++ untuk bahagian ticket sahaja. Banyak tu.

Tapi kan, kenapa kami pilih Beijing? Kenapa tak Korea ke...? Shanghai, HongKong? Sebabnya di Beijing, terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Paling best, ada Forbidden City, Palace Museum, Acrobatic Show, dan ada lebih ramai muslim, teringin nak tengok masjid kat sana. Tembok besar China pun ada. Tetapi bergantung pada pakej yang dipilih. Bagi yang muslim, adalah lebih baik untuk kita ambil atau pilih Muslim Tour Package. Mudah sebab ada waktu yang diselitkan untuk berhenti solat sambil melawat masjid-masijd yang berhampiran dan tidak ketinggalan juga bab makanan. Makanan yang akan disediakan sudah pasti halal ! 

Manakala bulan yang dipilih pula Disember 2013. Waktu tu adalah musim sejuk di Beijing. Kata orang, dah alang-alang nak pergi bercuti, pergilah jauh-jauh. Dan pilihlah negara 4 musim. Nak sangat main-main dengan salji kan. Feeling Winter Sonata gitu. Hahaha. Paling penting juga, dengan bajet rendah, pilih juga negara yang mata wang mereka lebih rendah dari negara kita. Contohnya, China, Indonesia etc.

Jika ada rezeki lebih dan diizinkan Allah, in shaa Allah dapat juga ke sana hujung tahun depan. :) Hanya waktu hujung tahun sahaja yang sesuai untuk bercuti. Pertengahan tahun pulak agak susah nak keluar. Banyak urusan peribadi.

Masa untuk tidur. Sangat penat. Sebelum tu, terima kasih buat yang sudi menyertai Contest di atas :) Masih berbaki lebih 20 hari. Selamat mencuba !

Selamat malam. 
Terima kasih sudi singgah dan baca.



November 25, 2012

Menang Give-A-Way ! Alhamdulillah :)

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, alhamdulillah, sambutan untuk Contest | Saya sayang kamu, sahabatku ! adalah agak baik. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk menyertai contest tu. :) Terima kasih juga atas sokongan anda !

Ok, berbalik tajuk entri. Saya menang give-a-way. Ok, saya sangat excited. :) Hehe. Actually, tarikh tutupnya ialah pada 15 November 2012, dan pengumuman pemenang akan dibuat 19 November 2012. Tapi, tunggu punya tunggu, tak ada pengumuman dibuat. Esoknya pun tak ada. Lusa pun sama. So, i decided tak nak check dah. Mungkin dah ada pemenang dan pihak penganjur dan PM pemenang tu privately. And, saya teruskan hidup seperti biasa. [ macamlah hidup sebelum tu luar biasa. :p].

Then hari ni, tiba-tiba rasa nak tengok semula page tu. Scroll lagi dan lagi. Then. Ternampak status yang mengatakan :



Ok, ignored. Sebab dah tak ada peluang. Then, scroll lagi mencari gambar-gambar baru. Maklumlah page tersebut merupakan page berkaitan kraf iaitu seni Quiling. I love craft things. Berjam-jam mengadap hasil seni orang pun tak apa. Tau apa itu quilling? Mr.Google boleh bantu. Panjang cerita kalau nak terangkan.

Lepas tu, tiba-tiba ternampak ini...



Ohoho. Sangat terperanjat. Oh really? Cubit pipi sikit? dush.dush. Ok, ini real. Terima kasih My Quilling Soul atas kesudian pihak anda memilih hasil jawapan saya sebagai pemenang. :D Alhamdulillah, thank you Allah. 

Mungkin ada yang tak berminat, tapi at least, ini adalah percuma. Dan sebagai salah seorang pencinta kraf, I really need those things. :D

Ok, entri ni mencapai tahap keterujaan melampau. Maaf semua. Sekarang ni sibuk memikirkan hadiah untuk contest yang baru bermula ini. Bagi yang belum join, cepat-cepat join. In Shaa Allah, hadiahnya pasti memuaskan. :) My handmade.

Oklah, got to go.
Selamat malam semua.
Terima kasih sudi luangkan masa.

#PrayforGaza


November 24, 2012

My Handmade | Mr.Moustache

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 10 Muharram. Selamat berpuasa bagi yang berkesempatan. :)

Saat ini sedang cuba menghabiskan masa sepanjang cuti sekolah dengan benda-benda berfaedah. Jap, jap. Cik EFEO, ni sekolah lagi ke? Tidaklah. I'm a teacher-to-be. Sekolah cuti, jadi cikgu-cikgu dan bakal cikgu pun cuti juga. :D

Ok2, back to bussiness. Nah, di bawah ni one of my custommade pillow. At least, buat benda yang berfaedah jugak kan? Boleh asah kemahiran menjahit. :D

Mini Pillow :) Done !

Tak tau kenapa sekarang ni tengah fenomena fesyen misai-misai segala. Eeeuuw. Pelik pulak bila misai jadi kegilaan.  Tapi, sekali tengok macam cute je. Then terus design jadikan bantal mini ni. Boleh letak sebagai aksesori dalam kereta, ataupun hadiahkan buat yang tersayang. :D

Next, tengah fikirkan design baru. Ummm. New idea pleaseee. hehe. 
Oklah, got to go. Asar prayer. :D

Terima kasih sudi luangkan masa.


November 22, 2012

Kita wajib puasa esok?

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar hari ini? Moga baik-baik sahaja. Kita masih dalam mood bulan Muharram. 
Jadi, Salam Maal Hijrah semua.

Wajib puasa esok? Mana ada wajib. Wajib bulan Ramadhan, puasa ganti dan kalau bernazar. 
Esok puasa sunatlah. Sunat sempena Hari Asyura.

Credit to : Owh So Muslim FB

Hari Asyura semakin hampir iaitu pada setiap 10 Muharram. Jadi, kita disunatkan puasa pada hari tersebut dan hari sebelumnya. 10 Muharram pada tahun ini jatuh pada hari sabtu ini, 24 November 2012. Dan esok, jumaat, 23 November 2012 bersamaan dengan 9 Muharram. Bermakna, sunat untuk kita berpuasa.


"Barang siapa berpuasa pada 9 dan 10 Muharram (Jumaat & Sabtu) itu 
seolah-olah dia telah melakukan ibadah selama 2 tahun, 
dan siapa yang mengingatkan orang lain hal ini 
seolah-olah dia telah melakukan ibadah selama 80 tahun." 
In Shaa Allah :)

Jadi, jom puasa esok! Nak puasa tu jangan lupa niat awal-awal ;)

Nak tahu selanjutnya mengenai bulan Muharram, jom baca entri lepas. Klik sini.

Oklah, terima kasih sudi membaca.
Selamat malam dan selamat berpuasa.

# Pray for Gaza !

November 21, 2012

Segmen Eraz Fadli : Pencarian BLOGLIST

Assalamualaikum w.b.t.

Tiba-tiba rasa nak join satu segmen ni. Tarikh tutup dia malam ni. 21 November 2012, jam 11.59. Beberapa minit sahaja lagi. Mr. E'raz Fadli buat segmen ni sempena anniversary pertama blog dia. Ok ok, kena taip laju-laju ni.


Ok, sekian. Itu sahaja. Nak cepat-cepat hantar penyertaan ni. :)
Selamat malam semua.




Smile



Just smile, and there is nothing you can't overcome.
In Shaa Allah.


November 20, 2012

Poem for HER :)

On their wedding day, he wrote a poem, special for his wife :


Alia,

My love for you is not of this earth, but of the Heavens,
Yet I know it's not possible, because Heaven is greater,
And the greatest of all Heavens, is the one with you in it,
For Heaven will not feel heavenly without you, my love.

From, Ali.