December 21, 2012

21.12.12 T_T

Assalamualaikum w.b.t.

Genap setahun pemergian ayahanda tercinta. Rasa macam baru je berborak, lap badan beliau, bersihkan muka, sediakan susu. Rupanya setahun sudah berlalu. Cepatnya masa berlalu pergi kan..

Tidak dapat nak ziarah pusara hari ni. Cuaca tidak mengizin. Sangat rindukan arwah saat ini. Terima kasih ya Allah, atas kekuatan yang Engkau berikan padaku, ibuku, keluargaku. Alhamdulillah. Saat-saat sukar itu mampu kami tempuhi dengan tabah. 

Melihat arwah terlantar sakit untuk beberapa tahun, lebih memeritkan. Terkadang kami memohon agar dia dijemput lebih awal agar tidak lagi merasai keperitan dan kesakitan saat terlantar. MashaAllah, sangat terseksa.

Ya Allah, tempatkanlah ayahandaku dalam golongan yang beriman, antara golongan-golongan yang Engkau redhai.

al-Fatihah.

Sampaikanlah rinduku buatnya. We miss you.

2 comments:

  1. Harap Miss EFEO sabar anddd ayahanda Miss EFEO ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...ameen. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2. Terima kasih ♡ Risha Lieza ♡ :))

      Delete