May 4, 2011

family baru? erm, YES!

Salam.

Ok, hari ni rasa sangat lapang.. Nak bercerita sket tentang program anak angkat yang kami sertai awal bulan lepas ;) , PROGRAM KHIDMAT BAKTI SISWA yang bertempat di Lubuk Lesung, Kemaman, Terengganu. Here, secara 'offical'nya nak perkenalkan keluarga baru saya..

Kami, lima beradik kesemuanya...Mimi, Aini, Farah, Adni and me ;D

Ayah angkat kami namanya, Encik Mohamad bin Yakcob, dan kami memanggilnya dengan gelaran 'Ayah' dan mak angkat kami pula Puan Semah dan kami memanggilnya 'Mek'.. Sama macam anak2 kandung mereka yang lain. 

Dalam kenangan ;) i'll miss them.


Ini merupakan kali pertama sertai program seperti ini, and this is the first family that i've ever had. Ayah & Mek sangat baik. Ayah kami merupakan bilal kampung Lubuk Lesung dan juga merupakan salah seorang AJK kampung itu. 

Kenangan berada di rumah mereka takkan padam dari ingatan. Makan bersama2, berborak bersama2.. Paling best, halaman rumah Ayah & Mek ada macam2 buah-buahan..jambu, limau bali, tebu, mangga, manggis, salak..macam2 la. sangat teruja. makan macam tak ingat dunia dah..Pasal makan? No hal.. sangat terjaga, malah terlebih-lebih pulak. Then, saat merempit bersama Adni keliling kampung sangat bessstt. Terima kasih ayah kerana kasi kami habiskan minyak motor ayah..hehe, at first, takot jugak Adni bawak motor tu. Tak percaya ngan dia ke? Err, bukan tak percaya...sebenarnya........saya sangat FOBIA naik motor. hehehe. thats why la,.. Pernah kemalangan ke? Eh, tak delah.. cuma, memang takot naik motor..sejak kecik lagi. Adoyai...malunya. terpaksa mengaku jugak. Sebab tu la tak amek lesen motor. ;p

Saat meninggalkan keluarga angkat merupakan saat yang paling sukar ketika itu. Walaupun baru beberapa hari berada dalam satu keluarga, terasa kemesraan itu bagaikan telah lama terjalin. Sedih. T____T. Air mata tumpah jua akhirnya. 

hehe, malunya..adni punya keje la ni ;D

Terima kasih buat ayah + mek kerana sudi menerima kami berlima di rumah. 
Kenangan bersama tidak akan kami lupakan.

No comments:

Post a Comment