August 25, 2011

drumstick

Drumstick? yes.

Saya ada. Awak ada tak? mesti tak ada kan. ;p

wuwuwu, ini bukan nak berbangga. tapi kecewa. Opps, bukan tidak mensyukuri nikmat tuhan. Cuma saya yang tidak menghargai apa yang dikurniakanNya. tak jaga elok-elok.

Time makan tak ingat dunia. Macam pelik je statement tu? Masa makan tu taklah banyak, cuma kurang bersenam secara serius. Bulan puasa ni sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain bila cakap pasal makan. Tak banyak, taklah sikit sangat. Sedang-sedang saja.

Oh drumstickku, bila nak mengecil ni? Or ada sesiapa yang nak tak? Nak kasi ni. :D Sah-sah tak ada orang yang nak. Tu pun buat-buat tanya lagi. Haih.. Ok, banyakkan berjalan, jogging, senaman ringan. Bukan senang nak mengecil, dan bukan susah nak membesar. Depend on me, myself. Kena tekad ! Huh, time ni je semangat. Tunggu time berbuka nanti, bagai hilang ingatan dah. Lupa dah semua janji-janji tuh. Adehh. .tak lain, tak bukan.. itulah saya.

Ok, got to go. Masa untuk packing barang. *sambil dengar lagu raya. Esok dah start cuti raya. So, jom balik kampung ! Kepada rakan taulan yang nak pulang beraya tu, hati-hati di jalan raya. Hati-hati bawak motor, hati-hati memandu, dan hati-hati juga naik bas. Sampaikan salam saya buat semua di kampuang. Take care ya ! Selamat bersahur dan selamat berbuka bersama keluarga tercinta. dan Selamat Hari Raya !

oh, ho, ho, ho, balik kampung, hati girang . . . .

Wassalam.


No comments:

Post a Comment