August 3, 2011

tugas + tanggungjawab

Salam.

Alhamdulillah, diberi kesempatan berpuasa sehingga ke hari ini, 3 Ramadhan. 
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir,..sob3... 
T______T

Hurm, kembali kepada tugas duniawi. Semester ini bertanggungjawab memikul satu tugasan yang agak mencabar untuk diri ini. Kalau dulu sewaktu di UiTM dilantik menjadi Assistant's Class Representative, (Asst.Class Rep), yang mempunyai 40 orang anak buah masih dapat dikendalikan dengan baik..kali ini memegang tanggungjawab sebagai Penolong Ketua Unit (PKU) yang lebih kurang sama dengan jawatan sebelum ini dengan jumlah anak buah 21 orang sahaja. Ternyata tugas ini lebih berat dan lebih mencabar. Bukan sahaja terpaksa mengatur aktiviti di dalam kelas, tetapi melibatkan aktiviti luar dan aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh maktab juga. 

Stress? Ya. Kadang2. Semua yang pernah menyandang jawatan ini pun turut mengakuinya. Tak caya? try la. Tapi tak sehebat yang menjadi exco-exco JPP. Bukan senang untuk menjadi ketua dalam sesebuah organisasi. I admit it. It's not that easy. Apa-apa pun, i need to be strong. Cuba hadapi dengan tenang. :)

Ok2, i need to go. Nak kena selesaikan rumusan kehadiran. [bajet macam kena buat RPH aje.] Kena submit kepada penyelaras esok..yang penting, sebelum 5 Ogos. Kena buat kira-kira la ni. English's assignment yang patot hantar esok? errr, postpone jap ya. I have to finish this one first. Got to go. Salam. Night !


No comments:

Post a Comment