August 16, 2011

jom masak !

Salam.

Hari ni sangat memenatkan. Nak lena kejap pun tak sempat. Tambahan kena bertugas memasak juadah berbuka di balai Islam al-Muttaqim petang tadi. Terima kasih semua yang telah bagi kerjasama baik perempuan mahupun lelaki.

Menu hari ini: 
Nasi putih + ayam masak paprik thai + kailan ikan masin
 + telur dadar + kurma + air oren :)

Alhamdulillah, hidangan berjaya disempurnakan tepat pada masa. :)
bila makan beramai-ramai, bertambahlah kenyang + puas hati.

Tadi, tiba-tiba semangat nak belajar masak tu datang. :) setakat masak biasa-biasa tu boleh la. Sekarang nak cuba explore masakan lain pulak. I mean dari negeri/negara lain. Bukan western ya. Jadi, tak ade lah bosan/ jemu makan menu yang sama. Baru ada variety.

Tapi, lau nak masak, kena tunggu balik rumah dulu. Kat sini mana ada dapur. Tak sabarnya~~ Weekend ni seriously rasa nak balik rumah. Nak masak spaghetti. Bolognese or carbonara? hehe. Makaroni bakar pun best ! Bila lapar, yang tak sedap pun jadi sedap. Haih.


spaghetti + meatballs


*psst, sesiapa ada resepi yang best2, tak kiralah western atau masakan tradisi, please give it to me. Love to try it. Dengan berbesar hati saya ingin mencuba resepi anda :)

Ok, selamat malam semua. Nak masuk tidur dah.
Nanti nak keluar bersahur di McD. Can't wait. :)
Selamat Bersahur juga <3

No comments:

Post a Comment