May 22, 2011

retak sudah T_T

Salam semua.

Hari ni ada dua berita buruk yang tak best.

  1. First, cermin keretaku RETAK~~~ Retak, ok. huk.huk. Relaks. relaks. Lebih kurang sejengkal je. Bukan remuk bumper depan lagi. Tapi masalahnya, macam mana nak cakap kat mak abah bila balik rumah nanti. Waaa, saya tak sengaja dan saya tak sedar bila ia berlaku. Puncanya masih belum dikenalpasti. :( Sob.sob.sob. Seriusly i've no idea. Mungkin tercampak atau terkena batu-batu kecik kat tepi jalan masa tengah drive kot. Mungkin la. Takpun terkena batu masa pak cik tukang kebun tu mesin rumput kat kawasan tempat letak kereta tu. Tapi kan, hello?? Kat kawasan tu mana ada rumput yang hendak dipotong. Tak munasabah + tak logik langsung andaian tu. Atau, ada orang berdendam ke? Musuh? Hahaha. Sama sekali tidak ada. Tapi, ada ke? Wallahua'lam. Saya tak nak fikir negatif. Masih berpegang pada andaian pertama. Terkena batu. Dah. Dah report kat Kak Long. Dah pesan cakap tak payah cakap kat abah lagi. Tak sedia nak kena marah. Ampun~~.
  2. Ok, secondly.. about my roommate. Khamis lepas dia terpaksa balik ke Kedah dari Terengganu ni. Terpaksa menjalani rawatan sebelum dia ke oversea. Mesti ada yang belum tahu, dia akan menunaikan umrah bersama keluarga lepas habis je peperiksaan akhir semester ni. Maknanya hujung minggu ni la. 26 Mei. Ke 27 Mei? Belum pasti lagi. For now, dia belum sampai ke sini sedangkan esok ada kertas kedua kami, Perkembangan Kanak-Kanak. Memandangkan keadaan dia belum stabil, dia takkan balik ke sini  sehingga lepas cuti semester. Dan dia akan menduduki peperiksaan di IPG Perlis ataupun IPDA. Itu sahaja berita yang diterima. Tak nak ganggu dia lama-lama. Dia perlu rehat yang cukup... Emm, yang paling terkilan, ak sempat nak hug-hug lama-lama sebelum dia pergi umrah.
 Doakan saya peroleh takdir yang terbaik dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Buat Hana,

Ah doakan Ana cepat sembuh dan sentiasa sihat sepanjang berada di tanah suci. Dan semoga dapat jawab exam dengan tenang. Allah sentiasa bersama kamu. I miss you, and i love you. Forever and always. :)

T_T i miss my roommate.


2 comments:

  1. semoga your friend cepat sembuh k.. semua jadi ada hikmah.. dont worry, :)

    ReplyDelete
  2. ain zulaikha: thanks dear. I hope so too ;) Moga2 semuanya akan kembali normal.

    ReplyDelete