October 6, 2011

U A K ? tamat sudah :D


Salam.

Yeay! Alhamdulillah. Syukur. Baru sahaja tamat menduduki UAK. UAK? Apa tu? Ujian Ala Kadar :) ehehe. No. No. No. Ujian Akhir Kursus lah. Untuk semester ini, ada tiga kertas wajib untuk UAK ; Literasi Bahasa, English Language Proficiency II dan Literasi Nombor. Semuanya jawab ala kadar, sebab study pun ala kadar. Tidur memanjang aje malam nak exam tu. Entah kenapa mata memang nak tertutup je, plus kepala berdenyut-denyut. Adoyai. 

Fuhh, lega kejap. but, hello ! tolong sedar ya. Ahad ni ada test oke ! Jangan buat-buat lupa pulak. CPA. CPA. CPA? Apa kebenda pulak tu? ok2. Dalam entri sebelum2 ni dah diterangkan. CPA tu, Critical Path Analysis. Test Matematik yang disediakan oleh Puan Samsiah, pensyarah Matematik Keputusan (Decision Mathematics) yang tercinta. So, weekend ni tak boleh nak bersenang-lenang ye. Harap maklum.

Haa, berita paling gembira hari ni, saya nak balik rumah ! yeay ! at last, after 1 month. Even jarak rumah sejam je dari hostel ni, tak sempat jugak nak balik. Banyak halangan. Huhuhu. Sedih betol. Doakan saya bersama rumate tersayang selamat sampai :) anyway, this week kami balik bersama oke! Bersantai di rumah bersama. Rinduuu rumah ! Mak, nasi ayam pleaseee.. *wink.wink.

ok2, mahu packing barang. Banyak jugaklah. Baju mucuk, nota CPA and laptop forsure ;) tak lengkap tanpa laptop..hee.


Ok, salam. 
Take care semua. ^____^


4 comments:

  1. hoho 2 soalan terakhir payah maa~blurrr

    ReplyDelete
  2. athirahmazlan : yup. kitorang pun blurr jugak. i've no idea sebab tak study bab tu. ingat yang belajar dulu-dulu je la.. graf taburan positif & normal :) maen hentam je la.

    ReplyDelete
  3. paani : haha, baru tak stress ble sebut gitu.

    ReplyDelete