October 9, 2011

| oncall |

Salam. 

Sangat sibuk kebelakangan ini. Biasalah, hujung semester...oncall mengalahkan doktor. huh. Ok, tipu. ;p Tak ada lah sampai menganggu waktu tidur malam cuma kadang-kadang tu rasa tertekan sebab segalanya adalah arahan. Mesej + panggilan. Kena alert tiap-tiap masa ok. Paling tak tahan bila dapat arahan dan diminta untuk bertindak SEGERA ! SEKARANG ! URGENT ! WAJIB ! huhuhu. alahai.


Cerita hari ni, lepas kelas pagi tadi terus ke cafe dan beli nasi sebungkus then balik bilik. Kelaparan yang amat sebab tak breakfast. Amali & test punya pasal lah ni. Baru je jamah makanan dan sedia untuk suapan pertama...terus dapat panggilan. Dalam hati, nak angkat ke tak, nak angkat ke tak ...ok.ok. tolak tepi jap makanan tu, jawab panggilan tu lagi penting. Mungkin panggilan penting dari seseorang kot. hmm.

"Assalamualaikum. Ada kat mana tu? Em, Puan N****** dari Jabatan Matematik nak jumpa. Sekarang juga."

Oh.no. Ok, fine. Makanan? Terus tutup balik, dan tolak tepi. Cuci tangan, bergegas ke jabatan dengan perut kosong. Mahu tidak mahu, tanggungjawab didahulukan. Itu yang lebih utama. Lebih penting. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi amanah ini menjadi tanggungjawabku. Lepas ni, i'm free. yeay ! Alhamdulillah. It's not because i hate it, it just...ok, tak ada alasan.

Kepada yang bertuah yang akan memegang jawatan ini semester hadapan, be ready ! fizikal & mental kena kuat ! Ceh, bajet macam nak masuk askar pulak. Apa-apa pun, semoga berjaya buat anda ya.


No comments:

Post a Comment