June 24, 2014

Setimpal

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Setiap kali menulis pasti ada sesuatu yang hendak diucapkan syukur. Sungguh, syukur Alhamdulillah sekali lagi atas nikmat dunia yang Allah berikan. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 7 baru je keluar pagi tadi.

Keputusan kali ini adalah sangat mendebarkan. Banyak betul dugaan semester lalu. Banyak tambahan kerja lain selain timbunan nota-nota kuliah yang perlu dihafal. Urusan kerja kahwin. Urusan bisnes. Macam-macamlah. Nota dibuka ala kadar je. Lebih banyak berserah berbanding berusaha. Namun, Allah tetap tidak menghukumku atas kemalasan itu. Alhamdulillah, terima kasih Allah.





Not too good and not too bad. Setimpallah dengan usaha lepas. Sebenarnya usaha belum cukup lagi, tapi Allah bagi lebih. 

Untuk mereka,

# Tahniah roommate, Hana Farhana.
Thanks teman kita study. Tak teman pun, sebab saya banyak tidur. :P And I'm so sorry sebab selalu mempengaruhi kamu untuk tidak study. Maaf jugak sebab ajak kamu layan Korea minggu study hari tu.

# Tahniah coursemates
Tahniah uolls!! Tak sabar nak grad sama sama nanti. Tengok semua orang pegang scroll, pakai jubah besaq :D tangkap gambar banyak banyak.

# Tahniah juga Suami
Allah knows best! Jom kita sama sama study untuk semester kali ni. May Allah ease our way. And thanks for supporting me till today.

Tidak lupa, terima kasih atas doa keluarga, mak & papa, adik beradik. **Ucapan mengalahkan orang menang award je. Tak kisahlah. Moga Allah lindungi dan berikan kesihatan yang baik pada kalian. Doakan Ah untuk tahun akhir ni ya.

Kelas jam 11. Ada masa untuk rehat. Demam dah masuk hari kedua. Sakit ni kifarah dosa. Dah lama tak jatuh sakit. Ni sebabnya dah skip pengambilan Vita C Shaklee selama sebulan sebelum ni dan tak ganti dengan mana mana sumber vitamin C lain. Air kosong pun kurang. Alasannya, sibuk ulang alik rumah mak, mak mentua dan rumah saudara mara lepas majlis hari tu. 

Demam rindu mungkin? Tak juga. 

Sambung tidur kejap.

xoxo !


No comments:

Post a Comment