July 10, 2011

Bukan sombong, cuma...

Salam. 

Alhamdulillah. Hari ni ada kesempatan nak update blog. Dah sekian lama sibuk dengan aktiviti seharian. Ada komitmen yang lagi penting. Blogging? Bila ada masa terluang sahaja. Kalau nak cakap pasal kerja, tak pernah tak ada. Bertimbun je dalam fail tu. Lepas satu siap, satu kerja lagi datang. Belum sempat siap lagi pun dah bertambah lagi satu. Haish.. Lumrah seorang pelajar. :D Tak ada yang senang dalam hidup ni.

Ok2, beralih pada tajuk entri. Bukan sombong...[merujuk kepada diri saya sendiri]. Tak tau lah apa pandangan orang lain terhadap kita. Tapi ada juga terdengar bahawa saya ni dikatakan sombong, tak balas senyuman, buat-buat tak kenal sekiranya bertembung... Betul ke? hmm, tak sedap hati jugaklah bila dengar hal-hal macam ni. Please dont judge a book by its cover. Ok2, saya tak salahkan mereka. Mungkin mereka belum mengenali diri ini sepenuhnya. Paling penting kat sini, saya tak sombong. Maaf juga sekiranya ada perangai atau sikap saya yang kurang menyenangkan. Semuanya semulajadi. Susah juga nak diubah.

Nak beritahu semua orang yang ...

Saya tak sombong, cuma...saya... saya...
[emm, apasal gagap lak ni..sebenarnya malu nak cakap..]
 .. saya RABUN...huhuhu.

Seriously, tanpa spec, kalau anda berada dalam jarak yang jauh, saya tak dapat kenal pasti respon atau mimik muka anda ya. Bianamida. Contact lens? Going to buy. Belum pakai lagi. Sekarang ni, sama ada berkaca mata atau langsung tak pakai apa-apa alat bantu penglihatan ya. 

Peneman setia :D
Lastly, nak cakap kat sini..Kalau jumpa saya kat mana-mana, jangan segan untuk tegur. [ ceh, bajet famous je]. Iye2, tak famous pun. Lagi satu, kalau ada hal-hal yang kurang disenangi, cakap direct terus ya. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki kelemahan diri. Ya, dalam dunia ni, tak semua orang suka kita, dan kita takkan mampu untuk puaskan hati semua orang tanpa menyakitkan hati sendiri atau hati orang lain. Berkorban. Itu sahaja yang diperlukan dalam situasi ini.

Saya tak sombong, cuma rabun ada masalah penglihatan.


No comments:

Post a Comment