February 19, 2011

Segmen: Mata ke Mata

Salam.

Setelah sekian lama tidak ditag, last2 malam ni kena tag jugak oleh Cik Puteri Ketenangan dan Nur Al-Hafila a.k.a Nur Kedamaian. Both are my coursemates. Sangat teruja nak jawab soalan2 tag ni. Sebenarnya segmen ini dibuat oleh Nuruashia.

Kepada sesiapa yang berminat nak join segmen ni, sila la klik banner di bawah ni ye.



Okey, sekarang ni tarik nafas dalam2...
jom kte jawab semua soalan & kenal princess lebih dekat lagi ;)




Details about diri kamu ( nama, umur, asal, current status, education level)
Firstly, nama Engku Farahah. 'Farahah' yang memberi makna kegirangan ;D maybe sebab tu la suka sangat tersengih2 senyum tak bertempat..hahaha.

Umur plak..hehe, segan nak gtau..pada tanggal 11 Disember ni genaplah usiaku 21 tahun. [still muda lagi kan?hak3, bajet jew].
Berasal dari Terengganu.
current status: tett, no comment. Hehe, semestinya kepunyaan Dia Yang Satu, family, kawan2 & orang2 tersayang.
Sekarang sedang menuntut di salah sebuah IPG di Malaysia ni. Semestinya degree in education. InsyaAllah bakal bergelar cikgu math.


Cerita Secara ringkas pasal kesayangan kamu ( parents, pets or lover)
Semua benda pun princess sayang. Tapi takde pets.. sebab alah ngan bulu & tak reti nak jaga elok2. Tak pasal2 ada yang tak cukup makan nanti.hehe.

Yang pasti, 
I love Allah, I love my mom + dad, love my family, my friends and forsure i love him too. Thanks for always being by my side :) Really appreciate it.


Story about your blog (usia belog, kelebihan belog kamu, topic belog kamu )
Blog ni ditubuhkan pada [skemanya ayat..ngeh3] .. November 2008 masa belajar di matrik. Kat matrik bosan sangat kot, belajar tiap2 masa, so bila ada blog ni bleyh la release sket and blog juga sebagai diary. Masa kat matrik, jarang sangat bleyh ulis diary panjang2. 

Kelebihan blog ni pulak.. ada kelebihan ke? Tak taw la, simple je kot. Nak cakap informatif tu takde lah sangat. Kelebihannya sebab semuanya KISAH BENAR. hahaha.. [cakap macam orang laen tak tulis kisah benar diorg jew].. Topik  dalam blog ni lebih kepada diri princess, kisah hidup seharian, idea, dan tak informative sangat pun.  Kebanyakannya luahan hati yang nak dikongsi bersama.


Pandangan mengenai dunia belog sekarang ( pandangan terhadap blogger2 yang kamu follow)
Dunia blog sekarang dah semakin berkembang. Masa mula2 join dulu rasa macam hambar sangat..kurang sambutan, sebab tu la princess stop kejap dan tahun lepas kembali aktif..[ hehe, walaupun xde lah aktif sangat]. Princess sangat suka baca blog orang..and then follow.. boleh dapatkan idea, maklumat baru, shopping online pun boleh. Hebatkan dunia sekarang? Tahun2 depan tak tau la macam mana pulak jadinya.
Blog2 yang selalu jadi perhatian... jenis simple, isi kandungan tak berat sangat, senang paham, banyak gambar2 menarik  ;p. Letak gambar2 + description sahaja pun takpe.


Message for new blogger?
Should be creatif.  Kreatif dalam menulis, kreatif dalam menarik minat pembaca, tidak menciplak hasil penulisan orang lain tanpa kebenaran.
rajin update. rajin blogwalking. rajin cari maklumat.


Cara untuk jadi famos amos blogger mengikut pandangan kamu?
Princess taktaw sebab diri sendiri pun tak femes. Tapi rasanya cara yang paling berkesan ialah dengan promote blog sendiri dengan ber'blogwalking'.. Tinggalkan foot step korang kat blog blogger lain, then insyaAllah dia akan kembali jenguk korang pulak. Haa, paling penting, pastikan entri2 yang ditulis tu boleh menarik minat orang lain untuk singgah + baca. Dalam penulisan, lebih baik jadi diri sendiri, dengan itu para pembaca akan merasa lebih dekat dengan kita. Satu lagi, rajin2 lah buat contest atau segmen2 yang gempak macam Cik Nuruashia buat ni.. pasti femes sebab ramai yang nak join sambil follow blog kita.


done!
ok, sesi nak tag orang lain lak untuk jawab semua soalan di atas ;).. 
dan mereka yang bertuah ialah..


 tarikh tutup:
22/2/2011




4 comments:

  1. wawhh bakal cikgu laa ni ek? btw ganu ktne? nuru study dungun ehhehe.. TQ join segment sy ek :) nice to meet u dear :D

    ReplyDelete
  2. hehe, insyaAllah bakal guru. Yup..maktab kt KT ni ha. Uitm dungun ke? Gudluck with d segment ya ;)

    ReplyDelete
  3. lor..baru bukak blg..xtau lak saya ditag..busy..ari ni baru bukak laptop..tgk2 tarikh ttup ari ni..:((..tq for the tag

    ReplyDelete
  4. tak pape la..at least tugas tag selesai ;))

    ReplyDelete