January 12, 2011

:: Caket Mata ;( ::

Salam.

Huk3..caket mata. Mataku membengkak hari ni. Sedar2 je dari tidur pagi tadi terasa mata sebelah kanan ni berdenyut2, sakit...huk3...lepas tu terus cari cermin..Yup, memang dah bengkak dan merah..macam mana ni? Dah la hari ni kena buat pembentangan dalam kelas Pn. Samsiah...

Hari ni teramatlah kelam-kabut...kesnya sebab bangun lewat, mata berdenyut2...then semuanya jadi kalut.

Tudung? Hmm..tak nak terletak dengan elok..
Kesannyaà tak yakin berdepan dengan orang untuk hari ni

make-up? Pakai ke?
Hehehe~ nope..

mata merah dan bengkak..macam mana nak tutup ni?
Takpe2, cermin mata baru princess yang besar gedabak tu mampu sembunyikan satu muka ni.Hahaha..

Pembentangan dalam kelas Pn.Sam?
Argh, tak sedia sebenarnya..hentam sajalah. Terangkan segala yang termampu. Tajuk kali ni ialah Babylonian Numeration System atau melayunya Sistem Pernomboran Babylon. Oleh kerana silibus matematik tahun ni dah bertukar ke bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu, jadi terpaksalah buat pembentangan dalam bahasa Melayu jugak. Teramatlah susah nak menukarkan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.. Princess akui, ia bukan kerja senang. Ambil masa tau. Adeh2.. tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun tak banyak persediaan awal dan juga pemakaian tudung hari ni agak menganggu konsentrasiku dan...... mata pula asyik pedih...huhuhu..:D Terima kasih atas kerjasama rakan sekumpulan dan rakan2 sekelas. Tanpa kamu, siapalah princess kat depan tadi.

Mataku berdenyut tiap masa. Tak boleh nak tumpu dalam kuliah2 seterusnya. Tak selesa. Rasa macam nak cabut je mata ni, lepas tu letak jauh2..[hehe, boleh ke? Tak patot.tak patut. Sangat bersyukur sebenarnya kerana mempunyai sepasang mata yang mampu melihat. Tuhan belum tarik sepenuhnya nikmat mempunyai mata dari kita, cuma Dia uji sikit je dengan sakit..jadi, harus bertahan] Yeah, I can do it!! InsyaAllah~

Nak pergi klinik tapi mungkin esok kot. Petang tadi dah ke klinik tu, tapi doktornya pulak tak ada. Nak mintak beli ubat lak tak boleh..kena jumpa doktor jugak. Okeyh2, I promise..kalau esok pagi mata semakin teruk, princess MESTI pergi klinik. I need and i must!! Bukan apa, sekarang ni, mata sebelah kiri terasa sesuatu...macam ada simptom2 nak jadi macam mata sebelah kanan ni. Tak nak!!

Ada orang pesan, tidur awal malam ni...pukul 10 dah kena tidur. Waktu sekarang, 10.10pm.. ok2, nak kena tidur dah. Selamat malam semua. Mimpi indah.


2 comments:

  1. lor....cian nye..jga kesihatan k..
    skrg ni mst dah tidur kn..owg pesan suh tdo..hehe

    ReplyDelete
  2. thnks ckgu suraya :)
    blom tdo lagi..mlm ni tade owg pesan...
    hehehe, blogging tyme.thnks for visiting mine ;)

    ReplyDelete