January 1, 2011

::Selamat Datang 2011 ;)::

Salam semua.

Selamat Tahun Baru 2011..
Entri pertama tahun ni ;) 

01.01.11
Cantekkan?
Semuanya satu dan umur pun bertambah lagi satu tahun.
huhuhu~
Umur bertambah tak bermakna tua, cuma bertambah dari segi kematangan. 
[cewah, padahal nak cover tak nak mengaku dah tua ;p].. 

Ada beberapa berita gembira sempena tahun baru ni..

Yang pertama sekali,..at last dapat call my best friend kat Warwick, UK tadi. I miss her soo much ;) Akhirnya dapat juga borak-borak panjang. Panjang ke, rasa macam sekejap je. Biasanya chatting dan mesej melalui facebook & ym. Tapi tadi sempat ber'webcam' melalui skype. [thank you Skype ;].Kebetulan dia tengah bercuti. Winter break. Asyik keluar jalan2 ajelah. Yang terbaru sekali melawat di Madame Tussaud.. Amat2 jeleslah. Ambil gambar dengan celebriti Holywood..[walaupun hanya patung lilin tapi cool lah ;)] Paling teruja sekarang musim salji. Bestkan... Kat Malaysia ni tak dapat merasa. Dengar cerita sudah. Yeah, i'm soo excited lah ;) Teruja campur rindu sesangat2. Ingatkan boleh lepas rindu, tapi rindu tu semakin menjadi-jadi lak. Adehh. Bersabar sajalah. Tahun depan baru dia balik sini. I miss you, Tia. [sorry i cilok pic u..u tak marah kan ;D]






Dan satu lagi berita gembira, kakak kawan baik princess, Yaya, sudah selamat melahirkan anak sulungnya tepat jam 10.09 pm tadi. Jadi tarikh lahir dia = 31 Disember 2010 ;) Cantik jugaklah. Doktor jangka 1 Januari tapi tak kisahlah asalkan kedua-duanya selamat. Syukur, Alhamdulillah. It's a baby boy. :) Tahniah!! Makin bertambah anak buah, makin tua lah kamu ya. ;p

Syukur sebab tahun ni bermula dengan baik dan penuh dengan kegembiraan. Diharap semua ini akan kekal. InsyaAllah. Semoga dijauhkan dari perkara2 yang tidak diingini.

Semester baru bakal bermula Isnin ni. Pukul 8 pagi nanti princess dah nak bertolak ke tempat yang sepatutnya. Mungkin selepas ni agak kesuntukan masa nak meng'update' blog tercinta ni. Masa untuk fokus pada pelajaran, kuliah, buku2, tugasan yang akan mula menimbun, kuiz, ujian...macam2 lagi. InsyaAllah princess sudah sedia dari segi mental dan fizikal. Moga2 semuanya akan berjalan lancar ;). Sangat2 berat hati nak meninggalkan rumah & keluarga tercinta. Lebih2 lagi nak biarkan mak & abah tinggal berdua je. Risau. I'll miss both of you, mak and abah ;(...sob3...berat hati ni... T_T..

Oklah, tak nak emosi2 sekarang ni. Nanti melarat sampai esok pagi lak. Nak sambung kemas barang2 lak. Hehehe~ sempat lagi berhenti kejap sebab teringat nak tulis blog ;) Semoga tahun baru ni dilalui dengan indah dan penuh dengan kegembiraan ya!!

wassalam.


2 comments:

  1. hehe, seronok tapi rindulah..tak bley nak slalu jmpa :(

    ReplyDelete