June 21, 2011

Result oh result ..

Salam.

Kupanjatkan syukur kepadaMu Ya Allah.

ALHAMDULILLAH.

Itu sahaja ungkapan yang mampu dikeluarkan. Sangat bersyukur walaupun tidak mencecah angka 4.0 seperti rakan-rakan lain. Cemerlang ke? Alhamdulillah cukup untuk memperoleh anugerah dekan. Mungkin ada hikmahnya. Lagipun, memang dah dijangka akan dapat keputusan rendah (compared to others), memang deserved. Memang patot. Tak berapa rajin nak study. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan pembacaan dan hafalan. Sangat lemah. Alhamdulillah LULUS. Terima kasih Ya Allah.

4.0 ---> matlamat semester ini. InsyaAllah. Tingkatkan usaha.

Langkah pertama: KENA WAJIB BERUBAH!!

  • lebih rajin
  • tak tangguhkan kerja
  • jangan study last minute
  • fokus dalam kelas
  • buat nota setiap minggu
Itu sahaja yang terfikir setakat ini.
Perasaan hari ini : Gembira & bersemangat. Harap-harap semangat ini takkan pudar sehingga ke penghujung semester. Result kena meningkatkan..at least maintain result sekarang ni. I'll try my best.

Buat semua rakan perjuangan, tahniah! Anda adalah yang terbaik! InsyaAllah kita akan sama-sama berusaha untuk buat yang lebih baik bagi semester kali ini. Selamat maju jaya semua!

2 comments:

  1. insyaAllah :) kena lg bersemangat utk sem dpn~ good luck!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah. ada hikmahnya kot.
    thanks. Jom sama2 berusaha!! yeah!
    good luck to you too.

    ReplyDelete