December 26, 2010

::Maaf...tak dapat diselamatkan..::

Salam semua.

Hurm, da dua hari tak update entri. Sibuk sangat dengan macam2 aktiviti.

 24 Disember, kat rumah ada buat kenduri arwah & tahlil sket untuk disampaikan kepada  arwah atok & nenek kami dan juga kenduri doa selamat sempena kak ngah nak kena operate bulan depan.

25 Disember plak, teramatlah sibuk mengemas rumah, susun pinggan mangkuk, susun atur perabot.. [mana taknya, beberapa ruang terpaksa dikosongkan untuk orang datang solat]. Makanan tak dihidangkan secara buffet tetapi secara hidangan berkumpulan. Jadi, kena la bekerja lebih sket. Lepas majlis, ramai yang terus balik sebab da lewat sangat dah, so yang tinggal kat rumah ni kenalah kemas semua sisa-sisa yang ada. :D Ikhlas membantu ni sampai sakit2 pinggang dan belakang.

26 Disember, hurm..belum tahu nak buat apa hari ni..kemas baju kot..next week dah nak balik maktab. ;( Sedihnya..sob3..walaupun kebosanan duduk kat rumah, still pilih untuk duduk kat rumah juga. Selesa & ada privacy. 



Haa, semalam ada berita buruk...sangat2 sedih.. ;(

Maaf, tak dapat diselamatkan..

Aduh, sakitnya mendengar ayat tu..cdey tol..huk3.
hehe~ ayat tu merujuk kepada my handphone..
Adehh, hari tu rosak, lepas tu terus hantar kedai..
orang tu cakap dah tak bolah buat apa2.
Kalau nak baiki juga, mahal nak kena bayar.
Jadi baik beli baru, kan?
Beli baru? belum ada bajet la...huhuhu~
Tahun baru, sem baru,..banyak nak guna duit.
Elaun lambat lagi masuk. Tengah2 sem biasanya.

Waa, siapa yang baik hati nak kasi hadiah handphone kat princess ni? uwaaa... 
[takkan pernah ada. So, jangan perasan].

Ok, sampai sini sahaja. Nak jalankan misi mengemas pulak sekarang ni. ;)



5 comments:

  1. ada can beli fon baru tuh..beli thn dpn..xde cukai..murah cket..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe..budget lom ade..phone tu bru ag sbenarnya, bulan 3 tahun ni. Phone sony memang sensitif n manja? manja kew? hehe~ atau tuan dia yg lasak sgt.. ;D

    ReplyDelete
  3. elaun next sem lgi byk.. save it and beli hp bru. Memudahkan kamu.

    ReplyDelete
  4. skng ni,fon tgh murah.
    lg lg kalau jenama sony ericsson. -_____-'

    ReplyDelete
  5. hanya kamu di sana: insyaAllah..tp sure lg la.. lom plan ag..

    Fazlina Aziz: betul ke? ngah sale ea..sony best, tp sgt la snstif..adehhh..

    ReplyDelete