December 22, 2010

::'P' yang amat bermakna ;D::


Alhamdulillah, hari ni baru je lulus ujian memandu @ JPJ.
Dah berjaya memiliki lesen 'P'..
yess2,..hehehe~
maaf terlampau gembira.;p
Orang lain dah lama ambik, 
kita je baru sibuk2 dapat lesen.
Lesen percubaan je pun, bukan lesen profesional lagi.
Takpelah, sekurang2nya ada usaha nak bawa kereta dengan lesen, 
tidak lagi merempit meronda secara haram..ngeee~~

Inilah 'P' yang sangat bermakna tu. lau takde menda ni, x ley nak drive jauh2. Takot.hehe~

Sudah seharian kepenatan menunggu giliran untuk diuji,
kini tiba masanya untuk tidur rehat.
Kebelakangan ni princess kurang sihat.
Sejak bermulanya cuti sem kali ni,
ada sahaja yang tak kena.
Sakit itulah, sakit inilah.

At last, hari ni baru berkesempatan nak pergi jumpa doktor.
huhuhu~
Baru je balik dari klinik ni.
Tu pun mak yang temankan.
Tak malunya ;))
 Dah lama mak ajak, tapi ada2 saje alasannya..
hak3..
Tadi pun kena paksa..


Mula2 tu,
dengar orang ketuk pintu bilik...
knock3x!!

Princess dari dalam lak menjerit,


       Nape mak??
             Keluar kejap..cepat sikit.
      Kenapa?
            Keluar ajela...
      Okeyh, kejap2.

Bila pintu terbuka je,


              Hah, cepat pakai tudung, bersiap cepat..
      Nak pergi mana lak tiba2 je ni. Kelam-kabut lak tu..
            Ikut je cepat. Jangan lupa bawak IC sekali.

(Eh, apsal plak kena bawak kad pengenalan. Sebelum ni tak pernah pulak pesan suruh bawak kalau nak lekuar rumah)

        Ok..(menurut perintah.)
                Cepat!! Kakak dah tunggu kat dalam kereta tu.Jom. Sekarang!
       Ok..ok..

Nah,...dah sampai dalam kereta.


        Nak pegi mana ni kak ngah??
              Bukan ke mak cakap nak pegi klinik tadi?

(Toink.toink.adehh..gtau ajelah tadi. Tak payah nak surprise2 macam ni..PASRAH, dah takde jalan keluar. KU AKUR..tibalah di sebuah klinik yang paling dekat dengan rumah..hehehe~)


Lepas 30 minit, taraa...

Dah sampai rumah balik. Kejap je pun. Bukan susah sangat pergi klinik tu. Princess dapat 3 jenis ubat. Tu pun ade tertinggal lagi satu kat klinik tadi. Jap ag nak pergi amek balik.

Mak dah warning awal2 lagi,


             Ubat tu kena & WAJIB habis, kalau tak...
                 [Argh..diugutkah?? Mak tak sempat habiskan ayat dia..paham2 sendiri la..]

      Ok.Ok. Baik Mak!! hehehe~ Nak, tak nak...Akan kuhabiskan jua ubat-ubat ini.

Okeyla.. sampai di sini sahaja entri kali ni. Nak kena rest. Tak boleh nak blogwalking lagi. Tak larat. Doakan princess cepat sembuh ya! Nak jumpa korang lagi nanti. Till then, salam. :)



p/s: Kepada yang kurang sihat tu, cepat2lah ke klinik. Nanti melarat pulak. Tak susah pun pergi klinik tu. Jumpa doktor and then dapatlah ubat. [opps, pandai plak nak nasihatkan orang,.diri sendiri pun kena paksa jugak..] Janganlah kena paksa macam princess ni. Hehe. Kemanjaan terserlahh. ;)



2 comments:

  1. whoo~
    congratz for u P!

    get well soon, dear...:)

    ReplyDelete
  2. thanks ya~
    hehe..
    next week kan?
    gudluck to u too..

    insyaAllah, i'll be getting better ;)

    ReplyDelete