April 19, 2015

Tips Pengurusan Wang 2# | Pembahagian Gaji/Elaun

Assalamualaikum w.b.t. ♥


Pembahagian Gaji/Elaun

Sebelum keluar gaji/elaun, rancang ke mana tujuan ataupun penggunaan duit tersebut. Rancangan ini adalah TETAP dan hanya berubah apabila tanggungjawab atau gaji berubah. 





#1 Duit belanja dapur

Yang bujang mungkin tak banyak belanja dapur. Tapi yang berkeluarga, sekali keluar even beli sayur dan lauk pauk biasa pun dah lebih RM100. So, kalau tak hadkan, memang terlebihlah berbelanja.



#2 Bil elektrik/air/Astro/Telefon

Ketepikan siap-siap untuk bayaran segala jenis bil ni. Biasanya kita dah boleh anggarkan jumlah bayaran untuk setiap bulan.



#3 Bayar kereta/pinjaman/kad kredit

Pastikan tidak lupa untuk sediakan bayaran. Jika tinggi bayaran dibahagian ini, anda mungkin boleh kurangkan belanja pada bahagian lain.



#4 Untuk mak ayah/ keluarga

Ini penting. Kadang-kadang, walaupun mak ayah sudah bekerja, apa salahkan hadiahkan sedia duit gaji buat mereka sebagai tanda penghargaan. Walaupun sedikit, inshaAllah keberkatan itu ada. Jika mereka tidak menerima pemberian berbentuk duit, tukarkan kepada bentuk hadiah lain. Sebagai contoh, hadiahkan baju, beg, jam tangan atau belikan keperluan harian seperti barangan dapur.



#5 Duit poket/ makan sendiri/belanja diri

Setelah diambil kira semua yang diatas, tetapkan pula duit poket untuk kegunaan sepanjang bulan tersebut. Pada masa yang sama bolehlah tetapkan duit belanja diri di mana untuk shopping and all. Termasuklah nak beli baju, perfume, beg, buku. :) Duit lebih, masuk tabung. Pastikan tidak lebih bajet.


#6 Duit kecemasan

Pastikan kita sediakan juga duit kecemasan. Walau tak banyak sedikit pun tak mengapa. Apa itu duit kecemasan? Duit ni digunakan untuk hal-hal kecemasan, contohnya, paip rosak, tayar pancit, dan macam-macam lain perkara yang muncul tanpa disangka-sangka. So, sekurang-kurang ada sedikit simpanan untuk baiki kerosakan tersebut. Sekiranya duit ini tidak digunakan, jadi simpan sebagai duit simpanan. :)



#7 Simpan


Part yang tak patut lupa. Simpan ikut kemampuan. Duit ni lah sama ada nak buat potongan terus ataupun kita pilih medium lain untuk penyimpanan. Pastikan tidak terlalu sedikit. Kalau rasa susah, at least mula dengan RM50 sebulan, kemudian RM100 dan seterusnya sekali lagi ikut kemampuan. Bahagian simpanan ni bolehlah tetapkan simpan untuk tujuan apa:
  • Travel (Dalam/Luar negara)
  • Future Baby
  • Wedding
  • Umrah
  • Haji
  • Barang idaman (rim kereta, brand new handbag, and all)





 Kewangan terkawal, insha Allah jauh dari stress dan masalah2 yang tidak diingini. :)
Selamat menabung!

2 comments: