April 19, 2015

Tips Pengurusan Wang 1# | Simpan Duit aka MENABUNG

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Alang-alang dah mula berkerja, tambahan pulak dah berumahtangga, perancangan kewangan WAJIBlah kukuh. Kecohkan ekonomi negara, GST bagai, ekonomi diri sendiri entah ke mana. Itu tidak bagus okay. Cara terbaik urus kewangan ialah dengan MENABUNG. Susahkan ke nak menabung ni? Yeah, memang susah sebenarnya. Lagi lagi perempuan. Tempat menabung bukan pada bank yang mudah untuk online banking ya. Memang berjanji nak ganti semula, nak gandakan nilai yang digunakan tu semula, itu JANJI PALSU je okay. Ini pengalaman. Bahaya betul penangan online shopping ni. 

Ini perancangan versiku : 

**Ada yang dah mula, ada yang belum mula lagi. Inshaa Allah, sedikit demi sedikit dibaiki.


1# Simpan duit baki SYILING

Ini sangat sangat mudah. Dah dipraktikkan zaman sekolah lagi. Anak-anak kita pun boleh mula. Kalau zaman sekolah dulu-dulu, abah bagi duit belanja RM2, waktu rehat guna RM1.70, jadi balik rumah dengan baki 30 sen tu terus masuk tabung. 




Sekarang dah besar, selalu keluar beli barang rumah, shopping baju sana sini, baki duit syiling memang konpem banyak, jadi kosongkan beg duit, masukkan semua duit syiling dalam tabung. Memang tak banyak nilai dia. Sikit sikit lama lama jadi bukit gitu. Tapi jangan lupa tinggalkan baki duit syiling dalam beg duit anda dengan nilai RM1 dalam bentuk 1 x 50 sen, 20 sen, 3 x10 sen bagi memudahkan sesi beli belah seterusnya. Sebab, kebiasanya, casher suka bertanya, "Akak ada seposen tak?", "Duaposen ada dik?". Jadi tak adalah teraba-raba sebabnya memang dah tersedia. :)


2# Simpan duit PILIHAN

Macam mana duit pilihan tu. Tak jumpa perkataan yang sesuai nak describe. Macam nilah, zaman belajar dan tinggal asrama dedulu, pantang jumpa duit 50 sen sekeping yang besar tu, mesti simpan masuk bekas. Sebenarnya sebab senang nak basuh baju pakai mesin basuh segera. Vending Washing Machine biasanya makan kos RM2.00 ke RM2.50. Dan kebiasaanya juga kebanyakan mesin guna duit 50 sen sahaja. Jadi, waktu hujung minggu tu jenuhlah jalan merata sana sini, ketuk bilik kawan-kawan cari duli syiling 50 sen semata mata nak basuh baju. Sejak dari itu, mulalah menabung 50 sen tu. Bila hujung sem, tak sangka, hampir RM100 juga duit yang terkumpul. Bolehlah pakai duit tu time sengkek.

Untuk versi dewasa dan bekerja ni, bolehlah mula dengan mana mana duit pilihan kita. Sebagai contoh, duit pilihan anda ialah duit kertas RM5 yang berwana hijau tu, jadi, setiap kali dapat baki duit RM5 tu anda bolehkan terus masuk tabung. Tapi takkan nak simpan tabung dalam handbag kan? Idea lain ialah dengan sediakan sampul duit, sampul surat atau angpau raya pun boleh untuk memudahkan penyimpanan duit. Ataupun, boleh juga sediakan beg berzip yang berbentuk lebih tegap dan tahan lama. 



3# Simpanan minima harian

Cara simpanan ini sangat mudah. Tetapkan target anda. Tetapi harus IKUT KEMAMPUAN. Jangan sampai tak makan pulak. Ikat perut tak mengapa. Contohnya, setiap hari berazam nak simpan RM10 dalam tabung. Jadi, setiap kali balik kerja, WAJIB masukkan duit RM10 dalam tabung. Nak tak nak, kena bayar jugak RM10 pada tabung tu. :D Kena tegas untuk disiplinkan diri. Sekiranya ada rezeki lebih atau mood baik baik hari tu, bolehlah isikan lebih. Tapi INGAT, JANGAN KURANG dari jumlah minima yang telah ditetapkan. Lebih tak mengapa.


4# Potongan GAJI

Ini paling mudah. Memang konpem takkan korek tabung. Dan kebanyakkan individu yang bekerja dah mula buat potongan gaji mengikut kemampuan mereka. Bagi yang beragama ISLAM, boleh mula menyimpan di TABUNG HAJI bagi memudahkan urusan mengerjakan HAJI kelak. Boleh juga menyimpan di mana mana bank yang mudah bagi anda.

:)

Ok, this is what I did. Any other ideas? Bolehkan kongsikan. I believed that there are so many ways to manage our money so that at the end tak pokai.

See you next time.


No comments:

Post a Comment