December 18, 2012

towards the end :')

Assalamualaikum w.b.t.


Sekeping kad biasa.

Sangat bermakna untuk hampir setahun ini. 
Dan ia akan berakhir dalam masa beberapa hari sahaja lagi. 

Oh, nama penuh di situ. abaikan.

Exco Kebudayaan dan Kesenian? Berseni sangat ke you? Kebetulan sahaja waktu perlantikan tu dapat jawatan. Bolehlah. Yang frust, tak sempat buat banyak aktiviti. 

Waktu penat bekerja, pernah juga mengeluh, "oh, bila nak habis kerja ni?". Kedengaran sungguh tak ikhlas kan? Sejujurnya, amat ikhlas dalam menjalankan tugas. 

"Alah, wakil pelajar je pun. Kerja apa je sangat?" Em, no comment. Why not you join us. ^_^ Or next year be a part of the team. Then you will know the pressure. Saya tak hebat, jadi tekanan tu dapat dirasa.

Ramai yang bertanya, tak penat ke? tak serik eh? Penat tu memang wajiblah. Kerja apa je yang tak penat kan. Penat bila mengendalikan majlis besar. Bukan mudah. Nak menjayakan sesuatu perlu ada perancangan. 

Like this :

mesyuarat 1 (bahagi tugas) > mesyuarat 2 (agih masterplan) > mesyuarat 3 (persiapan akhir/keperluan) > pinjam peralatan > persiapan tempat > rehearsal > MAJLIS > kemas/hantar peralatan > post mortem

Step by step. Itu adalah asas. Silap langkah, rosak majlis. Dulu, I sangat perfectionist. Disebabkan terlalu kejar kesempurnaan dalam kerja, sanggup selesaikan tugas tu sorang diri. Now, I learn how to let go. To trust people. They can do better.

Life sedikit berbeza. Sikit ke? Entahlah. quite diff for me.

  • Jarang dapat lepak dengan rakan sekelas. Sebab selalu je tak ada dalam kelas. Pantang ada gap atau waktu rehat, terus hilang, Waktu kelas mula, ada balik. hehe.
  • Bila time busy sangat, tak sempat cakap-cakap dengan rumate meskipun sebilik! Kesian dia. I am so sorry. Next year tidak lagi.
  • Susah nak plan buat pairwork dan assignments. My partner selalu kena check on my schedule, are you busy? this evening will do? got meetting again? terima kasih sebab bersabar dan bertahan.
  • Banyak masuk meeting. Kadang-kadang pernah juga mula jam 7.45pm till 12am. Bayangkan perasaan waktu tu...mata dah merah sebab dah banyak kali menguap, sangat mengantuk, lapar. Mulalah tak fokus dan main-main. Eh, tipu jek. Walau jam berapa pun tamat, tetap kena serius.  Yes, serius! Lagi main-main, lagi lambat habis tahu.
  • Selalu jalan laju-laju, sebab banyak kerja nak diselesaikan a.s.a.p. No lenggang-lenggang okay. 
  • On-call dah macam doktor dah gayanya. Kena alert sebab akan ada kerja atau info ad-hoc.
  • Ponteng kelas. Most of the time i try not to skip any classes, especially my major, Calculus. Mahu ketinggalan yang amat sangat kalau skip even just for one hour. I jenis yang malas study kat bilik, jadi kena tumpu sepenuhnya waktu kuliah.
  • Berat naik, pipi macam pau. Haha. Patutnya makin sibuk, makin kurus. Ini tak. Honestly, memang penat, banyak jalan sana-sini. Tetapi, otak pun penat jugak. Bila dah letih, perut pun lapar yang amat. So, lepas kerja terus makan, then balik bilik terbaring. Tak larat nak buat kerja lain dah even riadah. *Oh, alasan !

Semestinya sedih hendak melepaskan jawatan ni. Bukan sebab gila kuasa, populariti, or whatsoever yang orang mungkin fikir, tetapi kerana bakal kehilangan satu famili. Apabila terkenangkan ukhwah yang mula terjalin sejak setahun yang lalu antara ahli bakal terputus oh sedihnya..Opps, bukan terputus tetapi akan ada jarak sedikit. Kalau dulu, tiap-tiap hari dapat jumpa sebab tiap-tiap hari meeting, bincang hal kerja. Kalau tak jumpa pun, still texting even pasal kerja. Nanti tidak lagi. Sedihnya. Organisasi kali ini bukan sahaja mengenai menggalas amanah, malah lebih dari itu. Pengalaman itu sangat sangat bermakna.

Berpegang kepada motto, susah senang kita bersama, I always try my best to be there, with them untuk menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. 27 of us. Masing-masing perlu memainkan peranan yang tersendiri. Memang tidak dapat dinafikan, ada saja yang tidak muncul pada waktu yang sepatutnya. Apakan daya. Just think positive. Mungkin mereka ada kerja lain kot, yang lebih penting.

Quiet hectic, life as JPP. Susah tahu nak penuhi semua harapan dan kehendak pelajar lain. Cakap memang mudah. Tetapi proses hendak melaksanakannya itu yang susah. Huhu. Padan muka. Baru tahu tugas tu susah. Dulu-dulu tahu komplen saja. Sekarang, terpaksa explain masalah sebenar pada pelajar lain lak.

Popular ke jadi JPP? Tidaklah. Tidak sehebat MPP. Tiada kelebihan pun. Sama saja dengan pelajar biasa. Rasa macam pengawas sekolah je sikit-sikit. Tak popular pun, tetapi dikenali bagi yang biasa berurusan. Banyak kerja yang dibuat adalah kerja sebalik tabir. So, sesiapa yang juga bekerja dibalik tabir akan jumpa dengan saya. Ayat yang paling femes, "eh akak JPP!". Haha. Dah terlekat gelaran macam tu. Next year dah tak ada dah. :D

Nak bertanding lagi tak? Mungkin tidak. Bagi peluang pada yang lain. In Shaa Allah, pengalaman yang lepas ni sudah cukup buat bekal masa akan datang. Selebihnya akan dicedok menerusi program lain. Memang diakui, rasa tak puas itu masih ada. Masih ada yang ingin dibaiki berbekalkan pengalaman lepas. Ingin cuba betulkan kembali kesilapan lalu. Apa boleh buat, JPP sesi 2012/2013 bakal dibubarkan awal tahun depan. Kata YDP, dalam minggu pertama atau minggu kedua disebabkan semester 7 akan mula berpraktikum pada hujung Januari. Saat pembubaran, maka, terlepaslah amanah, dan lucutlah jawatan yang disandang.

Kami sudah cuba yang terbaik, buat yang terbaik, namun kami bukanlah yang terbaik. Moga JPP sesi akan datang lebih mantap lebih dari yang kami telah lakukan.

Baru perasan, panjangnya entri.
Terima kasih sudi singgah dan baca.

Till then, take care :)

2 comments: