December 25, 2012

news!

Assalamualaikum w.b.t.

I'm here again. Quite busy lately, but still ada masa untuk jenguk blog-blog peserta dan list out top 20. It's really hard you know. Semua best. T__T. Ada juga sampai nak nangis iolls baca tahu. Ok, chill2. In Shaa Allah, pengumuman pemenang akan dibuat paling awal pada 30 Disember 2012. Sehari sebelum iolls berangkat pulang ke kampus untuk memulakan semester baru.

Ok, berita terkini. Riuh bercerita mengenai banjir sana-sini. Yup. Terengganu is my hometown. Dan sekarang tengah banjir. Alhamdulillah, rumah iolls berada hampir dengan kawasan pantai, jadi banjir jarang atau tidak berlaku. *Setakat ni belum pernah terjadi. Kawasan pantai berpasir, so air cepat surut. Kalau pantai pun banjir, alamatnya tenggelam 1 negeri. *ok, over.

Few pictures ambil petang tadi masa keluar ke pekan Jerteh. *While on the way.







Teruk juga. Air makin naik walaupun tidak mengalami hujan lebat. 

Untuk warga Besut Terengganu pulak,
berita buruk lagi. without any notice beberapa hari sebelum. nasib hari ni cuti sempena hari natal.

Warga Besut pada hari ini kemungkinan seluruh besut alami masalah gangguan bekalan air kerana akibat dari empangan pecah dan air banjir yang banyak telah masuk ke dalam LOJI AIR BUKIT BUNGA HULU BESUT
sekarang pihak SATU(syarikat air terengganu)terpaksa berhentikan proses salurkan air dari loji buat sementara waktu.
tindakan baik pulih sedang dilakukan ketika ini di loji bukit bunga
jangkaan air kembali pulih di rumah bergantung kepada keaadan banjir dan cuaca.
harap maklum..

Sementara waktu tu bunyinya macam lama je kan. Macam-macam ujian. Meskipun tidak terkena musibah banjir, sebahagian penduduk turut merasa ketiadaan bekalan air. Akibat ribut dan angin kencang beberapa hari lepas, ada juga berlaku ganguan elektrik. Rumah iolls yang sememangnya 1km dari pantai ni sangat-sangat terasa bila angin kencang. Mahu terbang rumah. Pokok kelapa menari terliuk lentok. Nasib tak patah je.

Ini sikit je ujian dari Allah. Dia mampu beri lebih lagi. Ya Allah, mohon cukup setakat ini. Apa-apapun, diharap semua mangsa selamat dan moga-moga tiada gelombang kedua. Sekolah dah nak mula, harap semua dapat mula sekolah dalam keadaan selesa. *Caring tak bakal cikgu ni? :D

Sampai sini sahaja update untuk hari ini. :D
Selamat malam.

Terima kasih sudi singgah dan baca.


8 comments:

  1. Replies
    1. kann. hehe. tp dapat berita air makin naek pagi ni. Moga Allah pelihara semua mangsa. :')

      Delete
  2. Doakan mereka diberi kesabaran.
    Sungguh doa muslim di belakang muslim yang lain itu makbul.

    *alhamdulillah area sy xbnjr...tp ujan mmg xbeti2 kan.. dh mmg musim dy..heee: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin2. btul2. hari ni macam panas sikit. naseb tak hujan lebat. harap2 paras air tak naik dah. :D

      Delete
  3. Replies
    1. huhu. kann. lau ada pun sangat sloww. hari ni baru ok sikit2. tahan la setakat nak mandi, solat dan masak.

      Delete