November 30, 2012

Promo, promo, promo !

Assalamualaikum w.b.t.

Dah macam duta produk je. :P Tak adalah. Jauh sekali.

Dua hari ni asyik ulang alik ke bank. Keluar masuk. Maybank. Cimb Bank. BSN. Dah macam buat lawatan ke bank-bank berdekatan dah nampak gayanya. Ini yang susahnya bila terpaksa ambil alih kewangan kelas buat sementara waktu. Terpaksa agih-agihkan duit untuk sama-sama menempah tiket penerbangan.

We need to book the tickets. To Beijing. 14pax. Jadi sangat susah sebab ada limitnya. Maksimum 4 orang untuk harga promosi yang ditawarkan. Please Airasia, be nice to us. 


Only RM633 per person.
Promo till 1 Dec 2012 only. Xmas Big Sale.

Sangat murah berbanding hari-hari biasa. Mana taknya, kalau dapat book yang ini, kami dapat jimat sehingga RM6k +++ untuk bahagian ticket sahaja. Banyak tu.

Tapi kan, kenapa kami pilih Beijing? Kenapa tak Korea ke...? Shanghai, HongKong? Sebabnya di Beijing, terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Paling best, ada Forbidden City, Palace Museum, Acrobatic Show, dan ada lebih ramai muslim, teringin nak tengok masjid kat sana. Tembok besar China pun ada. Tetapi bergantung pada pakej yang dipilih. Bagi yang muslim, adalah lebih baik untuk kita ambil atau pilih Muslim Tour Package. Mudah sebab ada waktu yang diselitkan untuk berhenti solat sambil melawat masjid-masijd yang berhampiran dan tidak ketinggalan juga bab makanan. Makanan yang akan disediakan sudah pasti halal ! 

Manakala bulan yang dipilih pula Disember 2013. Waktu tu adalah musim sejuk di Beijing. Kata orang, dah alang-alang nak pergi bercuti, pergilah jauh-jauh. Dan pilihlah negara 4 musim. Nak sangat main-main dengan salji kan. Feeling Winter Sonata gitu. Hahaha. Paling penting juga, dengan bajet rendah, pilih juga negara yang mata wang mereka lebih rendah dari negara kita. Contohnya, China, Indonesia etc.

Jika ada rezeki lebih dan diizinkan Allah, in shaa Allah dapat juga ke sana hujung tahun depan. :) Hanya waktu hujung tahun sahaja yang sesuai untuk bercuti. Pertengahan tahun pulak agak susah nak keluar. Banyak urusan peribadi.

Masa untuk tidur. Sangat penat. Sebelum tu, terima kasih buat yang sudi menyertai Contest di atas :) Masih berbaki lebih 20 hari. Selamat mencuba !

Selamat malam. 
Terima kasih sudi singgah dan baca.



4 comments: