November 19, 2012

Cinta SMS ♥

Assalamualaikum w.b.t.

Sambil buka laman Twitter, terjumpa satu link ni, terus ke laman blog Vlogger terkenal, Aiman Azlan. Dan terbaca satu cerpen mengenai cinta.

Oleh Aiman Azlan

10 episod semuanya. Sangat bermakna dan menyentuh jiwa. 
Jemput baca ya.

Ok, dah alang-alang sebut tentang cinta & perkahwinan, tiba-tiba rasa nak bercerita lak.

Hmm.

Harga ataupun belanja sesebuah majlis perkahwinan yang semakin mahal sekarang ini membuatkan orang takut untuk melangsungkan perkahwinan. Takut jika dibandingkan dengan majlis perkahwian berdasarkan trend masa kini. Takut jika tidak semeriah yang lain. Tidak se'gah' yang lain. Tidak sesempurna yang lain. Saya juga. 

Kini, atas dulang hantaran, ipad, iphone, DSLR, kunci kereta, kunci rumah. Seakan trend. Tidak mengapa jika mampu dan sememangnya ikhlas untuk dihadiahkan kepada pasangan. Tetapi, yang jadi masalahnya apabila tidak mampu, tetapi memaksa diri atau pasangan untuk menyediakan sesuatu yang lebih dari kemampuan. Susah tu. Terlalu mengejar kesempurnaan. #Note to myself. Ok, noted.

Tapi, apa erti sempurna? Sempurna pada mata siapa? Bila difikir-fikirkan semula, betul juga. Refreshkan kembali niat utama kita. Tujuan perkahwinan adalah untuk mengumumkan ikatan suci antara dua insan. Agar tidak timbul sebarang fitnah. Mulut manusia bukan macam mulut bekas 'tupperware' yang boleh ditutup. :D *erk, apa kaitan?

Wedding and marriage. Berbezakah?

Yes.

My perception,
Wedding, majlis perkahwinan, walimah.
Marriage, ikatan perkahwinan.

A great wedding or a beautiful marriage? Which one would you choose?



Of course,  I'm going to choose, 'a beautiful marriage'

'A great wedding' tidak akan menjanjikan 'a beautiful marriage'. Am i right? Simple dan mengikut syariat sudah memadai. Majlis yang gah tidak menjanjikan ikatan perkahwinan itu kekal selamanya. Ikut kemampuan yang ada.


Segalanya sekadar peringatan untuk diri sendiri. Sedang belajar. Belajar melalui pemerhatian. Amat mengalu-alukan jika ada yang ingin berkongsi rasa.

# Kepada senior yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember nanti, Zatil Aqmar dan Zaharah Aida, tahniah. Barakallah. Mohon maaf sebab tidak dapat bersama anda yang nun jauh di Johor sana.



3 comments: