July 21, 2012

~ 1 Ramadhan tanpa dia ~

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu dengan awal Ramadhan. Syukur juga kerana berkesempatan berterawih bersama bonda tersayang di surau berdekatan. Setelah lebih sebulan tidak melihat wajahnya, kini alhamdulillah, terasa tenang hati dan jiwa dapat melihat, cium dan peluk tubuhnya seerat mungkin.

Namun begitu, Ramadhan kali ini tetap sangat berbeza. Berbeza dengan ketiadaan ayahanda tercinta. T_T Semoga roh arwah abah tenang di sana. InsyaAllah, mudah-mudahan. Jika hendak dikenang, sememangnya air mata ini tidak akan berhenti mengalir. Lebih baik merelakannya pergi dari melihatkan beliau terlantar sakit. Saya sangat rindukan abah. :(

Walau apapun, saya tetap bersyukur kerana masih memilik seorang ibu yang sangat tabah. InsyaAllah, teringin sekali menjadi setabah beliau. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. Amin.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua.
Sama-samalah pertingkatkan iman kita.
Let's recharge our iman. :)


Ramadhan Daily Checklist :D



6 comments:

  1. salam ramadhan dear.moga tabah yea.
    doakan ayah awak tenang di sana.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan juga.
    terima kasih, insyaAllah. Amin.

    ReplyDelete
  3. semoga arwah abah Ah tenang di sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Mengharapkan yang sama buat arwah ayahanda kamu.

      Delete
  4. Salam Ramadhan syg. sy juga rindu.

    ‎"Setiap pagi, SEDEKAHKAN AL-FATIHAH kepada kedua ibu bapamu(tidak kira masih hidup atau telah tiada, nescaya PINTU REZEKIMU akan terbuka buat kamu.."

    (Dato ’ Dr. Fazilah Kamsah)

    InsyaAllah smga arwah abah tenang di sana. dan sy doakn mga mak sentiasa sihat :) sy syg smua.

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan juga.

    InsyaAllah. Amin. Mudah-mudahan. Sayang semua juga. :)

    ReplyDelete