February 21, 2012

Retreat Mahabbah MPP IPT 2012 ♥

Salam.

Hujung minggu lepas, 16 hingga 18 Ferbruari saya dan beberapa orang rakan telah berpeluang menyertai program Retreat Mahabbah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPT 2012 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Program yang buat pertama kali diperkenalkan ini telah berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Wilayah Timur. Peserta yang hadir lebih kurang 43 orang yang merupakan MPP/JPP dari pelbagai institusi pengajian. Antaranya ialah IPG KDRI, IPG KKB, Politeknik KB & KT, UiTM Shah Alam, UPSI, UTeM dan juga Darul Quran, selalu anak didik JAKIM. Wakil kami pula seramai 7 orang sahaja.

Ketua projek, selaku ketua fasi juga iaitu Ustaz Hariri Daud. Kenal tak? Nak tau kenalah tanya pakcik google :D Quite famous jugak. Ok, pengisiannya sangat menarik dan apa yang paling penting, dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta mendapat kenalan baru yang berbeza bidang pengajian. Untuk lebih lanjut mengenai program ini, jom klik sini untuk ke laman web JAKIM. Sangat detail di situ.

[salam ukhwah]

Buat semua peserta, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan salam persahabatan yang telah dihulur. :) Terasa dekat di hati. InsyaAllah jika berpeluang dan ada kesempatan pasti ketemu lagi.

Salam Ukhwah ^^

No comments:

Post a Comment