February 20, 2012

lie vs truth

Assalamualaikum w.b.t


A beautiful LIE and an ugly TRUTH.
Which one do you prefer?

Antara penipuan yang cantik dan kebenaran yang hodoh, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi nak pilih yang mana satu? Oh, pening. Dilema sudah. Jom kita bongkarkan satu persatu.

Penipuan yang cantik

Semuanya manis-manis belaka. Orang cakap-cakap belakang pun kita tak tahu.

Si A : Cantik tak baju ni?
Si B : Cantik. Sumpah cantik. *senyum meleret. nak jaga hati.
dalam hati Si B: [oh no, buruknya. Warna tak sepadan langsung. 
Kat rumah tak ada cermin ke?]

Oh, tidak. Telah berlaku satu ketidakjujuran di situ ya. Apa salahnya jika diberitahu perkara yang sebenarnya. Mungkin Si A dapat menerimanya dengan baik dan positif. 

Si A tidak sakit hati malah gembira dengan pernyataan itu, tetapi dia tidak sedar bahawa itu cuma satu penipuan. Mangsa kepada ketidakjujuran.

Kebenaran yang hodoh

Kebenaran sememangnya pahit. Most of them. 

Si A : Baju ni ok tak?
Si B : Tak seuailah. Kamu tu tak cukup inci.
Si A : Huh..

Dalam situasi ini, Si A memang akan sedikit terasa atau terkilan. Jadi, jangan mudah melenting jika pendapat yang dinyatakan tidak seperti yang dijangka. Mereka hanya berlaku jujur pada anda kerana mereka sayang pada anda. Sila berfikiran positif. Tidak rugi jika mendengar pendapat mereka, setidak-tidaknya anda boleh berubah menjadi individu yang lebih baik.

Manakala, Si B pula janganlah sewenang-sewenangnya mengkritik secara pedas terhadap Si A. Ya, memang betul kejujuran itu penting. Tetapi, sekurang-kurangnya, jagalah hati mereka. Cuma gaya menegur dan memberi pendapat itu haruslah dengan cara yang baik.

Boleh diatasi dengan berkata,

Si B : Kurang sesuai dengan kamu. Apa kata kita pilih yang itu? Nampak lebih manis dengan kamu.

Senang, bukan? Kena pandai menyusun bait-bait kata. Mungkin kali ini giliran dia, mana tahu esok lusa pula tiba giliran kita.

So, which one?
you decide ;)





No comments:

Post a Comment