May 27, 2012

tak ada tajuk :p

Assalamualaikum w.b.t

Sekali lagi, dan untuk kali yang seterusnya juga...Alhamdulillah. Syukur kerana segalanya sudah selesai. Apa yang dimaksudkan ialah Pepersiksaan Akhir Semester. This is my third sem of degree, sem 3. Dan sudahpun tamat. Syukur sangat-sangat sebab segalanya berjalan dengan lancar. Dua sem lepas, alhamdulillah, keputusan ok. But for this sem, i'm not that confident. Otak berserabut. Hanya doa yang mampu kupanjatkan.

Saat ni tak dapat lelapkan mata sebab dah terlalu kepenatan since pagi tadi dengan wedding sepupu sebelah mak. Di kesempatan ini, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Kak Nurul (Wan Nurulmaziah) dan suami (Abu Dzar). Moga kekal hingga ke akhir hayat, dan moga cepat timang anak :) *nak tambah anak sepupu lagi ni. :D

Dalam kesibukan tu, ada juga yang berkesempatan yang bertanya, "Yang ni pulak bila nak makan nasi minyak?", err, dengan tersipu-sipu ku menjawab, "Lambaaaaat lagi makcik, pakcik.. belajar pun tak habis lagi ^_________^ ", hehe, plus senyum meleret. Tak sanggup dah nak jawab soalan yang sama tiap jam. Anak dara ni nak grad dan kerja dulu. InsyaAllah. Ilmu di dada pun belum cukup lagi. :D

Haa, satu benda lagi, baru realize bahawa tak ada sekeping pun gambar majlis siang tadi. Busy sangat. Next time saya kutip ye dengan cousin lain  ;)

Have to sleep. Esok nak drive balik rumah pulak.
Selamat malam semua.

3.20 a.m.

May 14, 2012

what's wrong?

Biasalah tu. :( ujian.

May 12, 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan sahabatku :)


Selamat menghadapi peperiksaan akhir Mei 2012 kepada semua warga IPG. Selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik. Semoga "Anugerah Pengarah" bertambah penerimanya dari satu semester ke satu semester. Insyaallah.

“There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work learning from failure”

Apabila kamu telah bertekad... Maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. (Ali Imran: 159)

Doa untuk cepat memahami ilmu :

" Ya Allah, Ilhamkan aku dengan ilmu yang dapat menjadi alat untuk mengetahui semua suruhan-Mu dan dapat mengetahui semua larangan-Mu. Berikan daku Ya Allah kefahaman yang mendalam daripada Nabi dan kefasihan hafalan para Rasul, dan cepatnya ilmu para Malaikat yang dekat dengan-Mu Ya Allah, Dan Kurniakanlah Ya Allah cahaya ilmu dan cepat dalam memahaminya, dan keluarkanlah daku daripada kegelapan dan keraguan serta bukalah untuk daku semua pintu rahmat-Mu dan ajarkanlah daku rahsia hikmat-Mu wahai Tuhan semesta alam."


Credit to : Iqbal Smarties, Nadiat Al-Akma Adam. :)