January 12, 2013

Kenyir !

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Just came back from Kenyir !

Keluarga besar JPP 12/13

Kursus Refleksi JPP selama 3 hari 2 malam 
di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Tasik Kenyir :)
9 hingga 11 Januari 2013.

Dan sampai sekarang masih terasa bagaikan berada dalam bot. Terapung-apung dipukul arus. :D Weee. Mabuk tasik oke. Mana tak pening, lepas je naik bot laju tu, terus bergegas naik bas dan betolak sebab dah lewat sangat dah. Kot tak sempat pulak muslimin nak solat Jumaat.

Sangat best dan enjoy, walaupun pada mulanya sangat berat hati nak sertai. Subhanallah, pemandangannya sangat cantek. Fasilitinya pula lengkap, hampir 5 bintang !. Tip top lah. Sangat suka. Rumah tu ada semua kelengkapan utama. Siap astro taw. Paling menarik, pemandangan dari anjung rumah. Sangat-sangat menenangkan. Tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Keadaan sekeliling juga cantik, kemas dan terjaga. Tapi kat situ kena masak sendiri. 

Best jugak sebab dapat main masak-masak sama-sama. Peserta wanita sahaja yang ambil turn untuk masak. Masing-masing dapat belajar gaya masak tersendiri dan rasa pun beza-beza. Dalam masa yang sama dapat eratkan ukhwah sama-sama kami.Tak lupa juga, dapat mandi-manda di Air Terjun Lasir. Tak adalah mandi-mandi sangat. Air sangat deras. Main celup-celup kaki je. Tangkap-tangkap gambar. Memang wajiblah bergambar. Bukan selalu dapat sampai sini.

From Kenyir, with Love.

Melewati hari-hari terakhir kami bekerja dalam satu pasukan, jadi perlulah manfaatkan dengan sesuatu yang lebih bermakna. 

Esok, majlis pembubaran bakal berlangsung. Maka, tamatlah tugas sebagai wakil pelajar. Lepas tu  majlis akan umum penamaan calon bagi sesi 2013/2014. Undilah pemimpin anda dengan betul. Anda rasa anda lebih layak? Sertai dan jadi sebahagian daripada organisasi tersebut.

#Mohon tidak berlaku sebarang kontroversi yang tidak diingini. Itu memang pasti, tapi harap dapat dikurangkan.

Oklah, take care.
Night !


No comments:

Post a Comment