November 15, 2012

Muharram 1434H


Assalamualaikum w.b.t.

Sangat lama meninggalkan dunia blog. Terlalu sibuk dengan urusan dunia yang lain. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua. Cepat betul masa berlalu. Ahlan wa sahlan ya Muharram 1434H. 
Di sini saya nak berkongsi doodle yang sangat cute daripada Owh So Muslim. (OSM) sempena menyambut kedatangan bulan baru ni. :)

______________________________________________



PERTAMA

01 : Bulan Muharram merupakan pengenalan kepada Kalendar Hijrah iaitu kalendar Islam. Sama seperti kalendar yang biasa digunakan, Kalendar Hijrah juga mempunyai 12 bulan dalam setahun, dengan bilangan hari 354 atau 355.

Bermula dengan Muharram, diikuti dengan Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, dan Zulhijjah. *Sambil nyanyi. Teringat zaman tadika. Lagu bulan Hijrah ni dah jadi siulan. Haa, cukup kan. 12 bulan semuanya.

KEDUA

02 : Bulan Muharram adalah bulan yang istimewa kerana ia merupakan salah satu daripada empat bulan yang suci dalam Kalendar Hijrah. Tiga bulan suci yang selebihnya ialah, Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. 

KETIGA

03 : Memandangkan bulan Muharram merupakan bulan yang suci, jadi rebutlah peluang ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang baik seperti berpuasa dan bersedekah. Amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan ini akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah. InsyaAllah. 


KEEMPAT

04 : Hari Asyura pula berkaitan dengan kisah Nabi Musa AS yang telah diselamatkan oleh Allah dari para musuh dan Firaun di Laut Merah. Oleh kerana telah tersepit dan tiada jalan keluar, Nabi Musa AS telah memohon pertolongan dari Allah. Kisah ni sangat popular zaman kecik-kecik dulu. Teruja bila dapat tahu bahawa Asyura tu sendiri terhasil daripada pelbagai jenis bahan. Dan tak sangka boleh jadi makan an yang sedap. :) Tak sabar tunggu asyura tahun ni.

KELIMA

05 : Berpuasa pada Hari Asyura adalah kemuncak kepada bulan Muharram. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah. Rasulullah berpuasa pada Hari Asyura adalah bertujuan untuk merakamkan tanda penghargaan beliau pada yang Maha Pencipta.

Penting, adalah dibenarkan untuk berpuasa pada Hari Asyura sahaja. Tetapi lebih baik juga jika puasa sekali sehari sebelum atau sehari kemudian kerana ia merupakan sunnah. 

Tahu tak bahawa pahala puasa pada Hari Asyura adalah kifarat (penghapusan) dosa-dosa pada tahun sebelumnya? MashaAllah. Sangat besar pahalanya. InsyaAllah, jom puasa sama-sama. :)

___________________________________________

# Nak tengok yang original? Klik sini. :) Ini dah jadi versi sendiri. Maaflah. Sama-sama kita manfaatkan kedatangan tahun baru ini. Mulakan dengan penuh semangat dan pastikan semangat itu berterusan. InsyaAllah. Istiqomah. Tutup buku lama, dan bukak buku baru. Jangan lupa selesaikan hutang-hutang lama juga. Ampunkan dosa-dosaku yang lalui, Ya Allah. baik dengan-Mu atau dengan saudara-saudaraku yang lain.

Selamat Tahun Baru Hijrah !



2 comments: