August 23, 2012

Salam Aidilfitri | 1433H

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin buat semua. 

Sememangnya sambutan Aidilfitri kali ini amat hambar. Hanya bersama bonda sahaja. 
Kak Long, Kak Ngah dan Kak Chik semua balik beraya rumah mertua masing-masing. 
Ikut turn. Emm, memang ada turn ke selama ni? 
Saya lak, belum ada mertua. Jadi masih bersama bonda tercintalah. 

Disebabkan hanya kami berdua je yang ada di banglo tu, jadi lepas solat sunat Aidilfitri, mak decide untuk terus jalan-jalan raya. Sedih juga kalau stay kat rumah je. Nanti terkenangkan arwah abah. Sebak terasa. Hidupkan enjin kereta, then dengan jayanya kami gerak sana-sini beraya di rumah sanak saudara. Sambil tu kutip duit raya sekali :) 
Tu pun kalau ada yang sudi memberi.

Raya pertama berakhir dengan begitu sahaja. Tidak lupa sesi bermaafan dengan mak.

Akhir sekali, ambil peluang buat ucapan raya buat semua :)
Nah, few pictures hasil termenung berjam-jam depan laptop di hari raya :)





Tak ada gambar family untuk dikongsikan bersama. 
Hanya ini termampu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maafkan saya atas segala salah dan silap.




8 comments:

  1. alolo comei je dia ea.,,salam aidilfitri juge :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 saje. hehe.
      Salam Aidilfitri juga buat Chuu Muqlis and family ;))

      Delete
  2. Cute Raya Wishes... selamat Hari raya. :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidlifitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga sis :)
      moga berbahagia
      maaf zahir & batin

      Delete