January 8, 2012

~ 211211 ~

Tanggal 21 Disember 2011, jam 12.58 tengahari, ayahandaku selamat kembali kepada-Nya. Hembusan terakhir itu tidak akan dapat aku lupakan..hilang tanpa sebarang suara, tanpa jaga. Lelaki pertama dalam hidupku telah pergi buat selamanya... Kehilangan ayahanda tercinta merupakan tamparan yang hebat buatku dan keluarga, terutamanya bonda. T_T

Hilangan sudah sahutan bila disapa, tiada balasan saat tangannya digenggam..no response. Abah..abah..sepi... Aku redha. Melihat abah terlantar sakit lebih dua tahun adalah lagi perit sebenarnya. Sehingga aku terlupa bila saat akhir kami sekeluarga keluar bersama...T__T

Saat aku mula memiliki sesuatu, pada saat itu juga aku kehilangan sesuatu. Itulah ujian. Walaupun ujian ini terasa berat, mungkin berat lagi ujian yang diterima oleh orang lain. Aku hanya insan biasa yang lemah. Ya Allah, aku mohon diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian-Mu. Tanpa sedar, aku lebih kuat daripada apa yang aku jangkakan. 
Terima kasih Ya Allah. 

Kehilangan ini teramat dirasai. Aku redha. Ya Allah, Kau tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-Mu yang soleh. 
Al-Fatihah untuk arwah abah...

"Malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku..."


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kembalinya abah adalah kerana Allah lebih menyayangi beliau. sgt menyayangi lebih dari kita menyayanginya..dan Allah juga sgt menyayangi kamu sekeluarga. Ajal maut itu ditangan Maha Pencipta. Cuma masa yang akan menentuknnya. mgkin msa ini kmu diduga, masa depan mungkin giliran sy. xde siapa yang mengetahuinya kecuali Dia. BE STRONG princess. :) sy tau kmu kuat krn tidak akan diuji seseorang hamba itu jika dia tidak dapat menerimanya. Allah know the best :)

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh..Amin. Insyaallah. AlFatihah

    ReplyDelete
  4. to hanya aku di sini : InsyaAllah. Thanks dear. Allah knows best !

    ReplyDelete
  5. to athirahmazlan : Amin. InsyaAllah. terima kasih ya. :)

    ReplyDelete