December 12, 2011

one year older :)

Salam.

Hampir dua bulan meninggalkan dunia blog. Terlalu sibuk dengan pelbagai urusan ; minggu study, minggu peperiksaan akhir, urusan keluarga dan macam-macam lagi la. Lepas tu ditambah pula dengan laptop masuk bengkel pulak. Aduhai. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ujian. Sekarang ni terpaksalah hidup meminjam laptop anak-anak buah. Huhu. Dengan tak malunya,"Maksu pinjam boleh? boleh la ea?" Ehehe, bukan main susah tau nak pinjam. Kena pujuk rayu segala. Macam kena tunggu turn dekat bank. Kena ambil giliran, ok. Baru adil.

Ok2, berbalik pada tajuk entri. Alhamdulillah, semalam usiaku dah pun mengijak 21 :) opps. Tak apalah, tiada rahsia ;) Tua atau muda tu tak penting. Paling penting MATANG! Usia dah meningkat, tapi kematangan tu belum dicapai. :( Bilalah anak mak & abah ni nak sedar, kan? ish2.

Harapan/wishes untuk birthday kali ini, moga dikurniakan takdir yang terbaik dan semoga diberi kekuatan yang menempuhi segala ujian dari-Nya. Amin.

Kepada semua yang telah menghantar ucapan melalui sms, panggilan, facebook, secara langsung dan tidak langsung...terima kasih. Buat family tercinta, kakak-kakak, bonda dan anak-anak buah, terima kasih atas sambutan semalam. Makan besar gitu :) Oklah, got to go.  

Happy 21st Birthday !

p/s: Kepada sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Disember ni, Selamat Hari Lahir ya! Moga sentiasa diberkati dan dilindungi oleh-Nya. Insya-Allah. Amin. Untuk blogger yang lahir pada bulan Disember ni, i have something for you. Hanya tinggalkan komen, tarikh lahir dan email pada entri entry ini. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan pada hari lahir kali ini. Terima kasih.

3 comments:

  1. januari takboley????? sebulan je pon beza nyeee

    ReplyDelete
  2. januari tu laen cite..untuk kak adeq, ada yg lg special :)hehe.

    ReplyDelete