November 22, 2012

Kita wajib puasa esok?

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar hari ini? Moga baik-baik sahaja. Kita masih dalam mood bulan Muharram. 
Jadi, Salam Maal Hijrah semua.

Wajib puasa esok? Mana ada wajib. Wajib bulan Ramadhan, puasa ganti dan kalau bernazar. 
Esok puasa sunatlah. Sunat sempena Hari Asyura.

Credit to : Owh So Muslim FB

Hari Asyura semakin hampir iaitu pada setiap 10 Muharram. Jadi, kita disunatkan puasa pada hari tersebut dan hari sebelumnya. 10 Muharram pada tahun ini jatuh pada hari sabtu ini, 24 November 2012. Dan esok, jumaat, 23 November 2012 bersamaan dengan 9 Muharram. Bermakna, sunat untuk kita berpuasa.


"Barang siapa berpuasa pada 9 dan 10 Muharram (Jumaat & Sabtu) itu 
seolah-olah dia telah melakukan ibadah selama 2 tahun, 
dan siapa yang mengingatkan orang lain hal ini 
seolah-olah dia telah melakukan ibadah selama 80 tahun." 
In Shaa Allah :)

Jadi, jom puasa esok! Nak puasa tu jangan lupa niat awal-awal ;)

Nak tahu selanjutnya mengenai bulan Muharram, jom baca entri lepas. Klik sini.

Oklah, terima kasih sudi membaca.
Selamat malam dan selamat berpuasa.

# Pray for Gaza !

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. kita nak puasa tapi keadaan tidak mengizinkn. sedih. btw, kita dr blog Eraz Fadli. BW terus follow this blog. nice blog. mai singgah blog kita.

    http://aetyhasteja.blogspot.com/

    salam kenal.. ^_^

    ReplyDelete