July 15, 2012

Bertunang tanpa sengaja?

Assalamualaikum w.b.t.

Berbalik pada tajuk, bertunang tanpa sengaja? Ada ke macam tu? Ok, meh saya ceritakan sedikit walaupun tak berapa tahu sangat. Hanya berdasarkan pembacaan. Jika sebelum ni kurang ilmu, alhamdulillah,  kini bertambah sedikit.



Tapi sebelum tu, jom kita tengok dengan lebih dalam maksud 
dan hukum bertunang itu sendiri.

"Khitbah" (Bahasa Arab) atau dalam Bahasa Melayu kita panggil bertunang. Selain itu, bertunang juga ditafsirkan sebagai menzahir atau mengiklankan kehendak dengan seorang wanita (Fatawa Muasoroh oleh Dr. Yusof Al Qardawi). Beliau juga mengatakan bertunang itu tidak meletakkan hak kepada tunang lelaki selain hanya untuk melamar (reserve or booking) sebelum pihak lelaki selain darinya tidak datang meminang wanita tersebut. sebenarnya muqaddimah atau permulaan kepada nikah atau berkahwin. Pelbagai terjemahan berkaitan bertunang. Bertunang diterjemahkan sebagai melamar atau meminta persetujuan pihak wanita untuk dijadikan isteri atau kemahuan seseorang untuk berkahwin.

Bagi hukum pula :

Kebanyakannya mengatakan harus
Tetapi mengikut Imam As-Shafie, hukumnya adalah sunat 
(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj). 
Dan mengikut Dr. Abd. Karim Zaidan pula, hukum sunat lebih aula (utama) 
daripada harus (sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mara'ah).


[Majalah Al-Ustaz : volume 1]

Bagaimanakah yang dikatakan bertunang?

Apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk meminang dan perempuan itu bersetuju maka dikira sebagai tunang dari sudut Islam meskipun tanpa pengetahuan ibu bapa. Dengan syarat perempuan tersebut hendaklah sudah baligh, cerdik dan pandai bawa diri. Tetapi sekiranya perempuan tersebut belum baligh atau gila, maka persetujuannya tidak sah dan perlu kepada persetujuan ibu bapa. Adapun kebiasaan masyarakat datang dengan rombongan itu hanyalah adat.

Hasrat mendirikan rumah tangga bukan perkara main-main. Apabila sudah bersetuju, maka dikira bertunang. Betulkah? Ini hal serius. Adakah antara kamu yang dah bertunang tanpa sedar? Berdebar jugak ni. Tiba-tiba dah jadi tunangan orang tanpa sedar kan. Sebab tu orang cakap hal nikah kahwin bukan sesuatu yang boleh dibuat main.

Ok2, mood serius. Bersediakah saya untuk melalui fasa permulaan ini? Kencang jugak degupan jantung ni. Kena tidur dulu. Tak dapat nak fikir lagi. Tiba-tiba diselubungi suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Tidak bersedia? Takut? Bimbang tersilap buat pilihan? Semua ada. Pintaku, andai dia jodohku, kumohon Engkau permudahkanlah segala-galanya. Amin.




6 comments:

  1. menarik..so kalau orang tu berhajat nak nikah dgn kita,so kita pon dah setuju,maka kira tunang lah kn walau tak official kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan fakta tu, kira tunang lah dari sudut agama. Make sure kedua-dua belah waras dan serius masa tu. Cincin dan rombongan tu sekadar adat kita. Semudah tu je kan.

      Delete
  2. InsyaAllah.. yakinlah dengan takdir dan ketentuanNya.. hanya hati yang mengetahui dan merasai segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Ya Allah, Kau permudahkanlah jalan buatku.

      Delete
  3. erk, ini bermakna e'in dh tunang????

    ReplyDelete