April 10, 2012

Pahit Manis Ujian Allah

Assalamualaikum. w.b.t

Satu kampus tiada bekal elektrik dan air. Dah masuk hari ketiga. Macam tinggal di pedalaman pulak rasanya. Terpaksa menggunakan generator untuk menghidupkan sumber utama dan juga untuk mengepam tangki air. Betul-betul menduga diri. Assignment yang terpaksa dihantar hari khamis ni belum siap dan kuliah tidak dibatalkan. Berjalan seperti biasa. Macam mana nak siapkan kerja kalau tiada elektrik? Semuanya bergantung kepada laptop. Battery tak mampu tahan selama itu. Aduhai. Macam mana pulak nak print nanti? Ya Allah, segalanya sangat menduga diriku. T____T . Sebagai wakil pelajar pun saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menenangkan rakan-rakan yang lain dan cuba untuk mencari penyelesaian lain bagi menampung sedikit beban yang diterima. Khabar diterima bahawa bekalan elektrik dan air akan terganggu selama 1 bulan berikutan main generator kena ganti baru. :(

Kuatkanlah aku dalam menempuhi ujian-Mu. Tabahkanlah diri. 


6 comments:

  1. Replies
    1. yup, maybe. itu berita terbaru dari timbalan. satu main genertor tu nak kne tukar. sbb tu x dpt cuti. kne bertahan. ptg ni meeting ngn pengarah. doakan kita dapat duk telltrac.

      Delete
  2. wahhh..memang tahap darurat ni..ptt dpt cuti au..
    sabar jela naa..
    sesungguhnya Allah bersama dgn org2 yg sabar..ada hikmah lar 2 an :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mmg darurat. penat ngangkut printer n lappy ke hulu hilir cari sources letrik. cas fon kt kdai mkn itu biasa. hehe.
      InsyaAllah,..ada hikmah di sebalik semua ni. Sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan. mnulis dalam cahaya lilin.. mcm duk pedalaman. :)

      Delete
  3. semoga kuat ya. memang dah teruk betul ni sampai 3 hari takde elektrik. nak-nak sebulan pehh. pengsan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks syira..sekarang dah nak msuk minggu ketiga. kami hdup dgn generator. syukur sbb ada jugak sumber :) tp kan, susah sbb x boleh nk iron bju untuk ke kelas.

      Delete