March 2, 2012

tonsilitis :(

Salam.

Dah lama tak menjenguk blog ni. Masa terlalu suntuk..opps, masa tak suntuk, cuma cara mengendalikannya saja yang kurang baik. What a hectic week ! Dengan sketsa untuk English's Week, pertandingan koir, Sasaran Kerja Tahunan [SKT] yang perlu disiapkan untuk pengarah, disambung pula dengan Kertas Kerja Biro yang baru sahaja diluluskan semalam, dan terus bersiap sedia untuk program BIG, Bina Insan Guru pada esok hari. :) Sungguh padat !

Hurm, cuaca sekarang sangat tidak menentu. Bermula dengan panas terik, kering dan berdebu,..tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja hujan lebat. Hujan panas pulak tu. 

Sistem imunisasi badan  ni pun dah tak kuat, maka mudah terkena penyakit. Dah lama sangat tak jatuh sakit. Mungkin ada hikmahnya. Kali ini terkena radang pada tonsil. Inflammation of the tonsils. Bengkak. Mengikut firasat sendiri, ada beberapa sebab.
  1. Minum ais ketika cuaca panas terik.
  2. Termakan makanan yang over belacan, [rencah ikan bakar kot..]
  3. Ikan tu sendiri yang mungkin kurang segar, ikan lama.
  4. Cuaca yang terpanas dan kering.
  5. Suka sangat bercakap. Non-stop. ;p
Itu antara sebab-sebab yang dirasakan munasabah. :D

Menurut PubMed Health punya website, terdapat simptom-simptom apabila berlakunya tonsilitis ni. Antaranya:
Semua simptom tu ada pada saya. Plus, telinga ni rasa macam masuk air je. Huhu. Tak normal. Ditambah lagi dengan selsema, memang tak selesa. Macam ada yang menghalang salur pernafasan.

I need to get well asap. Pagi esok perlu siap sedia untuk aktiviti kemasyarakatan di rumah orang-orang tua, Bukit Payung dan pada sebelah petang pula bertolak ke Pulau Kapas untuk aktiviti bersama tutor, Tuan Haji Che Mutalib, ayahanda kami.

Doakan saya ya. :)

"Allah kurniakan penyakit agar kita tahu erti bersyukur dan ingat pada-Nya 
di samping untuk menghapus segala dosa-dosa kecil yang telah dilakukan selama ini."

Syukur alhamdulillah.



1 comment: