September 27, 2014

Tips Kahwin #1 : Nervous nak kahwin!

Assalamualaikum w.b.t. ♥

Getting married is the biggest decision that I've ever made. 




Macam-macam persoalan timbul. Biasalah. Kata orang, tempoh pertunangan sehingga ke jinjang pelamin memang sukar. Yes, agreed.

Betul ke nak kahwin? 
What if he's not the one? 
What if kalau jumpa yang lebih baik? 
What if bukan jodoh sebenar?
What if something bad happen after?
Yakin? Pasti?

Argh, I just can't help myself. Terlalu banyak nak difikir, terlalu bercelaru.
Banyak jugak soalan what if. Belum apa-apa dah terlalu negatif. Hey, hey, dont be too negative. Belum lalui belum tahu.

Tetiba sahaja datang perasaan cemburu, geram, marah tanpa sebab, nak mengungkit, emo terlebih. Oh, itu semua syaitooonirrojim. Tapi, seriously, memang tak dapat elak semua perasaan itu, kecuali dengan bina kekuatan diri. Bagaimana?

1. Allah itu ada.
Yakin dengan janji Allah. Kalau ada apa-apa berlaku selepas pernikahan, jangan risau. Allah ada. Kita sebagai hamba, mohanlah kepada-Nya. In shaa Allah. Cuma kita perlu yakin dengan rancangan Allah buat kita. He's the best Planner. Dia tahu tahap kemampuan kita. He knows best. Really.

3. Restu ibu.
Perkahwinan itu bukan sesuatu yang mudah. Dan sudah pasti kita nak hidup lama dengan pasangan kita. Bagi saya, RESTU IBU paling penting. Pastikan ibu, mama, ummi, mak, bonda kita setuju dengan pernikahan kita. Jadi, in shaa Allah akan lancar segalanya. Perasaan tak yakin dan ragu-ragu pun hilang. Sungguh, untuk masa depan, jika timbul sebarang masalah, ibu yang kita cari. Tempat yang paling selesa untuk mencurahkan segala rasa hati. Andai ibu sudah merestui perkahwinan itu, apa lagi? Just go on. Doa ibu juga makbul. In shaa Allah. Allah akan permudahkan urusan kita dunia akhirat. She will support us till the end. 

2. Fikirkan keluarga.
Jangan buat keputusan terburu-buru terutamanya dalam fasa pertunangan. Fikirkan kesan yang bakal keluarga kita terima dengan sikap kita yang terlalu kebudak-budakan, pendek akal, kurang waras mungkin. Keputusan yang dibuat tanpa fikir panjang. Sebagai contoh, keputusan yang dibuat mengikut emosi. Tetiba nak minta putus tunang, batalkan majlis dengan tiba-tiba kerana wujudnya rasa cemburu dan was-was. Persiapan perkahwinan macam mana? Kad kahwin yang dah diedar? Lauk pauk yang sudah ditempah? Tak ke membazir nanti. Keluarga pun terima akibat juga. Seeloknya, jika benar-benar bercelaru, kongsikan dengan ahli keluarga terdekat atau teman paling rapat. Mungkin disebabkan fikiran terlalu bercelaru, kita tak dapat buat keputusan yang bijak.

4. YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI

Mampu ke jaga suami/isteri? Tak pandai masaklah? Macam mana nak biasakan diri dengan keluarga baru? Itu memang soalan lazim. FAQ sangat.
Yakin tambah usaha. Thats the key. Pasti boleh! Trust yourself.  Perkahwinan bukan pengakhiran di mana untuk menilai segala kecekapan yang ada. Perkahwinan merupakan satu proses belajar. Tiada orang yang lahir terus menjadi suami/ isteri. Tiada yang lahir terus pandai segalanya. Bila berkahwin, ada suami, ada isteri. Sama-sama belajar, sama-sama mengajar. Tak salah suami juga mengambil ilmu daripada isteri dan isteri sudah pasti belajar daripada suami. Saling ingat mengingati itu sememangnya perlu. So, no need to be worry. Yakin dengan diri. You can do it! Kamu ada pasangan yang bakal memimpin tanganmu dalam perjalanan rumahtangga. Usaha untuk jadi yang terbaik, in shaa Allah, you can handle it well!. Tak pandai tak mengapa, asalkan ada usaha dan rajin. Pasti mentua sayang. :)

Pengalamanku cuma sejemput. Baru nak bertatih dalam dunia perkahwinan yang baru beberapa bulan ni. May Allah bless our marriage till Jannah. 

Dear readers, may Allah ease your way. In shaa Allah.


2 comments:

  1. saya suka tips 1 dan 4. Ye Allah ada, biasalah org ckp darah manis sebelum kahwin. And i am preparing myself towards marriage. Doakan saya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup2, agreed. May Allah bless your marriage dear :)

      Delete