October 11, 2012

Minda Talong

Assalamualaikum w.b.t.

Minda Talong? Apa tu? Minda? Talong? Bukan tolong ke? Macam-macam persepsi tentang nama ni. Minda Talong sebenarnya nama 2 buah kampung. Kampung Minda dan Kampung Talong. Kedua-duanya terletak di..

Dua minggu yang lepas, kami telah menganjurkan program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat bagi memenuhi jam kredit Bina Insan Guru Fasa IV [BIG Fasa IV]. Program ini bertempat di Kampung Minda dan Kampung Talong di Hulu Dungan.

Setibanya di sana, pihak jawatankuasa kampug telah menetapkan ibu angkat dan adik-beradik angkat kami sepanjang berada di sana. Saya bersama rakan sekelas, Azirah, atau lebih mesra dipanggil Azi mendapat seorang ibu angkat iaitu Puan Hasnah binti Husin.

Ibu angkat kami lebih mesra dipanggil Mak. Mak kami merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak lelaki. Yang sulung, Amir, 17 tahun. Kedua, Hafis, 11 tahun dan yang bongsu 6 tahun. Suami mak meninggal hampir 1 tahun yang lalu dalam kemalangan jalan raya di bandar Dungun.

Beliau merupakan seorang ibu yang sangat tabah dan kuat. Sepanjang berada di rumah mak, kasih-sayang yang diberikan tidak pernah kurang. Senyuman sentiasa terhias dibibirnya. Makan minum sangat terjaga. Terpancar keikhlasan diwajahnya. Oleh


Bersama ibu angkat dan adik angkat :)

Setelah berada di Kampung Minda selama 3 hari 2 malam, kasih pun sudah bertaut, tiba masanya untuk berpisah. Kami perlu pulang bagi meneruskan kuliah untuk keesokan harinya. Rasa sayu menyelubungi hati. Mak juga keberatan untuk melepaskan kami. Telah dia anggap kami seperti anak-anak sendiri. Lagipun mak tak punya anak perempuan. 

"Tak apa mak. Dekat je. 2 jam saja dari IPG. Nanti kami datang jenguk mak ye :)".

InsyaAllah tali yang diikat ini bukan setakat ini sahaja, malah hingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan. Harapan kami agar mak sentiasa sihat. Begitu juga adik-adik. Kasih dan sayang tetap ada. Meskipun berjauhan, doa kami sentiasa ada untuk mak dan adik-adik. :)

Jaga diri. InsyaAllah, sampai ketemu lagi suatu hari nanti.

Salam.





2 comments:

  1. mula2 sy terbaca minta tolong..
    rupa2nya MINDA TALONG...
    huhuhu..
    sy pun baru wat big aritu..

    http://cikgufiq.blogspot.com/2012/10/melukis-mural-di-sk-bukit-bangkong-a.html

    ReplyDelete
  2. kan..sangat pelik mula2 dengar
    now, dah jadi kebiasaan.
    ukhwah tu tetap utuh.

    ReplyDelete