September 8, 2012

Cinta Saya, Sederhana.


Cinta saya,
sederhana.
Tidak pergi ke tahap malaikat.
Tidak pergi ke paras syaitan durjana.

Saya, manusia.
Cinta saya, sesuai dengan keadaannya.
Yang haram saya cakap haram.
Tetapi yang mana boleh, saya tunjukkan jalannya.

Saya percaya,
Agama ini diturunkan kepada pundak manusia.
Bukan pada malaikat yang saban waktu sujud kepada-Nya.
Kerana itu utusan-utusan-Nya adalah manusia.
Dan bukan para malaikat di langit sana.

Cinta saya,
Sederhana.
Tidak terlalau jumud sampai kelihatan eksklusif,
Hingga sukar diikuti.
Tidak terlalu bebas sampai kelihatan murah.
Hingga boleh dipermainkan jahiliah.

Sederhana itu mahal.
Maka cinta saya mahal.
Dan manusia boleh ambil untuk cuba amal.
Dalam keadaan menjadi hamba-Nya dalam kekal.


Credit to : Hilal Asyraf (Official), menerusi buku 'Sebelum Aku Bernikah'


4 comments:

  1. sebelum aku bernikah
    mmg mencari buku2 ni
    mitak2 laa bisa ketemu
    hihi
    :)

    *cinta kita jgn melebihi cinta kpdNYA...kpd DIA yg menciptakan rasa cinta...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. like2 quote tu..
      *cinta kita jgn melebihi cinta kpdNYA...kpd DIA yg menciptakan rasa cinta...^^

      saya pun da lama cari buku ni.
      last2,kawan hadiahkan.

      Ni, sy jmpa link.
      meh beli kat sini :
      http://langitilahi.com/store#ecwid:category=1595003&mode=product&product=13941777

      Delete
  2. suka Hilal Asyraf .kata2 dia byk beri nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis. sgt bermakna :) dan boley diterima oleh jiwa muda ni.

      Delete