May 12, 2012

Sesungguhnya ujian itu manis :)

Salam.

Ujian demi ujian dah berjaya ditempuhi. Satu persatu dilalui dengan penuh sabar dengan berkat sokongan keluarga, rakan-rakan dan juga rakan seperjuang JPP yang saya kasihi. Tidak lupa buat rakan sebilik yang banyak memberi sokongan. Disebabkan ditimpa pelbagai musibah, hubungan kami makin erat. Sesungguhnya ada hikmah disebalik kejadianNya. Subhanallah. 

Hidup tidak lari dari ujian dan masalah, cuma kita perlu tahu cara untuk mengawal dan menanganinya. InsyaAllah semua jadi mudah. Mudah-mudahan dengan izin-Nya.

Masih ada yang belum selesai di hati ini. Masih belum tenteram? Ya Allah, ya Tuhanku, berikanlah aku ketenangan. Dekatkan hatiku kepadaMu, Ya Allah.

Peperiksaan semakin hampir. Mode : Baca buku. Tips exam, hafal? hmm, mencuba yang terbaik. Masih dalam persediaan. Doakan saya dan rakan-rakan. ;)

Wassalam.


No comments:

Post a Comment