December 29, 2010

::Penting ke diari??::

Salam.

Princess tak boleh nak lelapkan mata pulak malam ni. Sambil blogwalking tadi, tiba-tiba teringatkan sesuatu. DIARI!! Yup, diari ataupun buku catatan harian. Memandangkan tahun baru bakal menjelang, jadi kita kena buka buku baru, sudah pasti diari pun baru kan.


Selamat tinggal tahun 2010 
dan selamat datang 2011.

Tapi, penting ke diari? Hurm, bagi princess, sangat2 penting. WAJIB ada! Setiap hari dan setiap saat itu adalah berharga dan semuanya perlu dicatat sebab bimbang kalau2 terlupa. Hari2 yang bakal kita lalui takkan sama dengan hari2 yang mendatang. Masing2 membawa cerita dan kenangan yang berbeza. Masa kecik2 dulu, selalu je terfikir, kalau suatu hari nanti kita hilang ingatan, mungkin diari yang kita tulis ni boleh membantu. Rasa-rasa boleh membantu tak? Mungkin boleh kot walaupun probability dia sangat sedikit. 

Princess update setiap masa ke? Hehehe. Tipu sangatlah lau update tiap2 masa. Kalau ada masa yang terluang, diari akan di'update' setiap hari. Sekiranya tak sempat, selang beberapa hari jugaklah, kalau tidak pun seminggu sekali. Hehehe. Selain diari, satu benda lagi yang WAJIB ada...iaitu planner ;) Jadual bulanan. Princess punya monthly planner bersaiz A4 dan akan dibawa ke mana sahaja. [Especially bila waktu kuliah la] Senang nak bawa sebab boleh selit dalam fail. Bila pensyarah nak buat test atau kuiz, bolehlah terus catatkan tarikhnya. Tarikh-tarikh penting seperti mesyuarat, ujian, perjumpaan, dan dating pun boleh terus dicatat. Jadi setiausaha untuk diri sendiri la pulak ;) Senangkan? Jadi, takde lah terlupa. Maklumlah, macam-macam nak kena fikir. Bila dah ter'overload' tu, mulalah terlupa semuanya. Gelabah punya pasal.

Sebab-sebab perlu ada diari versi Princess:

1. Boleh catatkan saat2 yang berharga
2. Hilangkan stress
3. Sangat2 setia. Boleh luahkan apa sahaja tanpa sebarang komen sebab diari ibarat pendengar setia & tidak akan mengkritik.
4. Orang lain tidak akan tahu apa yang diluahkan.
5. Menghabiskan masa yang terluang atau dikala kebosanan yang teramat.
6. Peneman dikala kesunyian. Pabila semua orang terlalu sibuk dan tak sempat mendengar luahan hati ini.

Sejak bila ada diari? Dah lupa laa..erm, sejak kecik kot. Sejak sekolah rendah lagi. Abah yang galakkan sebab abah pun ada diari tersendiri. Terharu sangat2 bila abah tunjukkan diari yang dia tulis sewaktu princess masih kecik. Setiap hari di'update' dengan kisah2 menarik. Nak nangis bila baca.. T__T 

Farahah jatuh buaian.
(princess la tu :p)
Dah mula melangkah.
Kembung perut, menangis seharian.
Tumbuh gigi susu.
Demam, bawa pergi klinik.

Macam-macam lagi..tu je yang dapat ingat. 
Terharunya~~ Terima kasih Abah. Sayang Abah sangat2.
Nanti princess pun nak tuliskan jugak untuk anak2. hehehe~

Kejap2, mesti ada di antara kamu yang tak suka diari kan? Kenapa ya?
Mesti sebab kena menulis panjang2, bercerita secara lanjut, every detail of every scene kan? Sebenarnya, tidaklah sekritikal itu. It's not that complicated. Princess pun tak sanggup nak menulis macam karangan bahasa melayu tu. Cara yang paling best bagi princess ialah dengan melukis...[walaupun lukisan princess sangat2lah buruk]. Lukislah gambar2 berkaitan yang membawa makna tersendiri ataupun simbol2 yang menarik. 

Sebagai contoh:

Hari ni pergi membeli-belah. Beli baju/dress baru.
Jadi, bolehlah lukiskan gambar shopping beg, baju..

Hari ni sambut hari lahir:
Lukiskan gambar kek, haidah..biar nampak macam party sket.

Esok raya:
Gambar ketupat, lemang..dll.

Boleh juga lukiskan emosi macam yang selalu kita nampak kat icon smiley tu..
Hari ni kena marah teruk---->  T______T, ;(  :((
senyum, sedih, marah, teruja,..mcm2 lagi la.


Diari princess unik sikit sebab takde jual dekat mana2 kedai. Special edition taw. Kenapa?? Mana tidaknya, sebab buat sendiri. My handmade taw. Dulu selalu je beli..kalau tak pun, abah dan kakak2 tercinta akan hadiahkan.. Sekarang ni dah tak perlu bersusah-payah nak beli diari sebab boleh buat sendiri. Bila buat sendiri, makin bersemangat nak tulis tiap2 hari. Kalau tak tulis, rasa bersalah pulak sebab penat2 je buat tapi tak tulis apa2. Selain itu, kita boleh hiaskan mengikut citarasa tersendiri. Mula dari muka depan sehinggalah kepada isi dalamnya. Boleh tampal2 pelekat, gunting2 buat macam2 bentuk, tampal gambar2 kenangan----> Menarikkan? Lebih kepada buku skrap yang berwarna-warni :) Nanti, takde lah bosan sangat sekiranya nak review semula hasil tulisan diari kita tu.

I've my own collections of diary.

Sekarang ni, princess dalam proses nak menyiapkan DIARI 2011 ;)
Tema tahun ni penuh berwarna-warni. Barulah ceria dan bersemangat untuk tempuhi tahun baru ni. 
Tinggal nak touch up aje lagi. Tak cantik pun sebenarnya. Nilai tu yang penting bagi princess.

Ok, kepada sesiapa yang memiliki diari, selamat menulis ya! Teruskan usaha merakamkan saat2 indah dalam diari anda. Dan kepada sesiapa yang belum pernah mempunyai diari, bolehlah sekiranya ingin mencuba. Masih belum terlambat. :) Tidak rugi sebenarnya. Selamat mencuba ya!

Ya, sekarang ni dah moden. Ada blog. Kalau nak privacy, boleh terus privatekan blog kita kan..
Terpulang kepada kreativiti dan keselesaan masing2.
Sama ada nak menulis di atas kertas ataupun menaip di komputer ;)

Dah berceloteh panjang lebar pulak ni. Ok2, masa untuk cuba lelapkan mata.
Selamat malam semua. Terima kasih sudi singgah & baca. 
Salam~



9 comments:

  1. tah..bg reen tk penting pn..if nk catat pape yg penting, kt blog pn bleh wat..if rase personal sgt, watla blog tu private..hihi.mcm mnyusahkan je diari ni actually..hehe..tahla.. :D

    ReplyDelete
  2. yup..diary is needed..
    ummi pon ader buat koleksi diari taww..
    best ader diari..sbb bg ummi diorang nih teman sejati yg mmahami kita..he3..so diari sngat PENTING bg ummi larhh~ ^^ nway nice entry

    ReplyDelete
  3. dulu penting
    sekarang tak dah
    skrg blog dah ganti diary
    hehehe

    P/S : Chak De! Malaysia....Amin!

    ReplyDelete
  4. yup~ diary is important. bru jea trjumpa diari ms skool dlu2. Saket perut pula bila baca. Bila tersenyum2, mula lah ade org yg menyakat.

    dan rasa bahagia sgt2 bila tau ade org yg appreciate kita dlm diarinya.. ^^ *mcm abah kamoo..

    ReplyDelete
  5. dulu ms skolah mnengah anis ade jugak diari tapi skg blog lah diari anis..kan? hehehe :)

    ReplyDelete
  6. e'in tade diari coz t kang xsempat nk tulis.. huhu..

    ReplyDelete
  7. hihi dulu masa zaman budak budak sekolah mmg ada diari, now dh xbiasa la guna diari rasa membazir sbb kosong je HAHAH :B now suka belog sbb blog boleh letak gambar heee

    ReplyDelete