Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat,..setiap hembusan nafas, tidak pernah sepi tanpa ujian. Ujian yang datangnya dari Yang Maha Esa. Kadang2, pernah sesekali mengeluh. [ Ampunkan aku Ya Allah, sesungguhnya aku tidak sedar akan hikmah disebaliknya]. Sesekali juga hampir tersungkur dek terasa lemah untuk memikul segala ujian itu.
**************************************************
Nasihat dari seorang kawan,
Tuhan takkan menguji kita melainkan Dia tahu bahawa kita mampu mengatasinya.
*************************************************
Kata-kata itu menguatkan diri ini menempuhi segala cabaran dan dugaan. Tambah2 lagi untuk menghadapi tahun baru 2011 yang belum diketahui apa cabarannya. Sudah pasti lagi hebat, kan?
Setiap ujian dan dugaan yang dikurnia merupakan tanda kasih dan cinta-Nya kepada hamba2-Nya.
Mereka diuji agar mereka sedar kewujudan-Nya di atas sana,
juga diuji agar mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan,
diuji agar mereka sedar bahawa mereka adalah manusia yang bertuah. Masih ramai lagi yang berada dalam kesempitan & kesesatan di luar sana. Bersyukur kerana diberi kesedaran untuk sentiasa mengingati-Nya bukan sahaja di waktu senang malah pada waktu kesusahan juga. :)
Ada macam-macam bentuk ujian. Semuanya berbeza. Terpulang pada kita bagaimana nak mengatasinya.
Yang penting, jangan mengeluh
dan jangan mengalah.
Jangan memohon untuk diringankan ujian, tetapi memohanlah untuk diberi kekuatuan oleh-Nya.
InsyaAllah diberi kemudahan.
like this.. Be strong gurl. Princess
ReplyDelete