August 9, 2010

Jadilah SAHABAT seperti dia...



Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
kerana dia juga seorang manusia..
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan
& dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
teteapi mugkin sebenarnya
dia tak setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan.
Di sebalik ketenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan...
kita tidak tahu...
...tetapi...
jika kita cuba menjadi
SAHABAT seperti dia,
mungkin kita akan tahu...

InsyaAllah..
ukhwah fillah~


No comments:

Post a Comment