Sungguh sukar mengejar untuk
mengejar kesempurnaan, bukan?
Kadang- kadang saya mampu bercakap dengan
kalimah yang tersusun elok dan idea menarik yang mencurah-curah. Kadang-kadang
saya bertutur dengan sangat teruk, tergagap dan idea menjadi bercelaru.
Namun
kelebihan dan kelemahan itu mengingatkan bahawa saya adalah seorang HAMBA.
Hamba yang tidak punya apa-apa kecuali apa yang Allah berikan. Malah, degupan
jantung dan hembusan nafas ini juga milik-Nya. Tidak sedetik pun mampu dikawal
diri.
Apabila
saya berfikir demikian, hati saya sangat lapang dan saya tidak perlu berpenat
lelah lagi untuk menjadi manusia yang sangat sempurna, Alhamdulillah. Kerana
tiada manusia yang sempurna apatah lagi “sangat” sempurna.
Sekarang
saya hanya berusaha menjadi hamba Allah yang bersyukur. Itu lebih baik dari menjadi
sempurna mengikut ukuran dan dambaan manusia.
Satu
doa :
Allahummaj
al’ni min i’badika syakuro
Yang
bermaksud :
Ya
Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku daripada kalangan hamba-hamba-Mu yang
bersyukur. Amin ya rabbl alamin.
Aku tidak sempurna, tetapi aku tetap
bersyukur kerana aku tidak punya apa-apa kecuali yang Allah berikan. Malah,
nafas ini juga milik-Nya.
nobody perfect.. :)
ReplyDeletesoo true. :)
Deletetak de manusia sempurna
ReplyDeletesalam kenal :)
salam kenal juga.
Deleteyup, tiada yang sempurna.
ketidaksempurnaan itu mengajar kita erti menghargai sesuatu yang kita milik kan :)
yes. nobody perfect.. ^^
ReplyDeletehuhu, yup. So, in progress..sedang mencari kelebihan agar manusia lain tidak hanya melihat pada kekurangan yang dimiliki. :)
Delete:) keep it up. InsyaAllah, He knows what in your heart and He'll help you make it at ease.
ReplyDeleteInsyaAllah :)
DeleteAlhamdulillah..
ReplyDelete:)
Delete