Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, selesai sudah hari ketiga berpuasa di bulan
mulia ini. Lebih nikmat lagi dapat berbuka bersama-sama rakan sekelas usai
penat bekerja. Hari ini, kami ditugaskan untuk menyediakan juadah berbuka untuk
Balai Islam al-Muttaqin IPG KDRI. Menu yang menjadi pilihan kami untuk
disajikan ialah Ayam Goreng Halia
dan Tomyam Ayam. Sedap.
Terima kasih buat semua atas kerja sama yang diberikan. Alhamdulillah, lauk-pauk semua cukup untuk
semua yang berbuka di balai.
Sudah menjadi
adat di IPG kami membahagi-bahagikan tugas di bulan Ramadhan ni. Ada yang
membeli bahan, ada yang memasak bubur lambuk, sediakan air, sediakan juadah
berbuka, sediakan moreh lepas terawih dan tidak ketinggalan juga yang mengemas
segala peralatan yang telah digunakan. Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. :)
Paling
menarik sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sini dulu ialah makanan ataupun
juadah berbuka dan juga moreh akan dihidangkan di atas dulang. Nasi berserta
lauk akan diletakkan bersama. Jadi, kami akan duduk mengelilingi dulang
tersebut untuk makan. Setiap dulang akan dikongsikan bersama 4 hingga 7 orang.
Kata orang, “Makanan tu, kalau berkongsi, akan lebih mengenyangkan.” Ternyata
memang sangat mengenyangkan.
Lagi satu, di
sini, kami akan menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong pada setiap hari.
Kelas yang bertugas akan bertanggungjawab menyediakan bubur lambuk untuk hari
tersebut. Lebih kurang jam 6.30 petang, semua pelajar dijemput ke balai Islam untuk
mengambil bubur lambuk yang disediakan. Biasanya disediakan dalam 1 kawah
besar. Cukup untuk sama-sama nikmati sebagai juadah sampingan.
Sampai di sini sahaja untuk malam ni. Mahu sambung kerja. :)
Tak sabar untuk menjamah bubur lambuk pada esok hari. Asyik terlambat je tiap-tiap hari. Al-maklumlah, sedap sangat bubur tu sampai tak boleh nak senduk lagi dah.
Selamat bersahur dan berpuasa. :)
Tak sabar untuk menjamah bubur lambuk pada esok hari. Asyik terlambat je tiap-tiap hari. Al-maklumlah, sedap sangat bubur tu sampai tak boleh nak senduk lagi dah.
Selamat bersahur dan berpuasa. :)
yup. lebih nikmat. :) tq 4 d delicious 'food'
ReplyDeletehehe. :) alhamdulillah.
ReplyDelete