August 5, 2010

10 Ciri Lelaki yg BAIK :)

Salam,.
kat sini nak share sumthing dgn pembaca semua sebagai panduan dalam memilih pasangan hidup..hehehe...


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.




*****

*****

*****

*****

*****

*****

*****

************

********

*****

***

*




1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



>> Agak sukar nak ketemu lelaki yang mempunyai ciri2 di atas<<


Sesungguhnya wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...


tapi, kawan saya pernah bertanya,..


"Macam mana pula lau seseorang yang tak berapa baik, dan mestilah dia pun akan bertemu dengan pasangan yang tak berapa baik jugak... Jadi macam mana dia nk berubah sekiranya dipertemukan orang yang sama dengannya...macam mna nak berubah menjadi org yang baik2 lau kedua2nya pun sama je pemikirannya??" ..



Terdiam seketika bila terdengar pertanyaan tu...lama jugak nak dapatkan jawapan untuk soalan tersebut.. Agak2, apa jawapan yang paling tepat ea?? Any idea??plzz...



Hurm,..saya percaya bahawa Allah Maha Adil...setiap ciptaan & ketentuanNya mempunyai hikmah yang tersendiri..walaupun tak dapat lihat dengan mata kasar dalam masa yang terdekat ni,..percayalah bahawa suatu hari nanti kita akan dapat merasai hikmahnya. InsyaAllah. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu berdoa & memohon petunjuk dariNya.. Smoga kita semua sentiasa dilindungi & dirahmatiNya..AMIN~



No comments:

Post a Comment