October 11, 2012

the end.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kupanjatkan syukur pada-Mu Ya Allah kerana dengan rahmat-Mu kami, pihak JPP berjaya melaksanakan program yang telah dirancang sejak awal tahun lagi, iaitu Hari Terbuka IPG KDRI 2012. Syukur Ya Allah. Terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Terbuka yang julung kali diadakan ini.



Hari Terbuka ini melibatkan pelbagai jenis pameran dari bermacam-macam institusi, kerajaan dan bukan kerajaan. Tidak ketinggalan juga PC Fair, auto-show, jualan buku dan gerai jualan makanan daripada peniaga luar dan pelajar IPG sendiri.

Pelbagai aktiviti besar juga telah dianjurkan. Antaranya ialah Malam Simfoni Islam, Talk Show bersama Imam Muda Nuri, 'Voices of Peace', Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, Pidato Piala Za'ba Zon Timur, Sukan Rakyat dan lain-lain.

Terharu melihatkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik turut sama menyertai program ini. Ada juga yang gembira kerana dapat sama menunaikan solat dan mendengar tazkirah di Balai Islam al-Muttaqin. 

Meskipun sambutan tidak semeriah yang dijangka dalam kalangan pelajar dan masyarakat, kami tidak berputus asa mahupun kecewa. Ini merupakan usaha pertama JPP dalam memperkenalkan IPG kepada masyarakat luar. Hal ini memang telah dijangkakan sejak awal lagi. Masing-masing was-was untuk masuk ke kawasan IPG kerana belum pernah melangkah ke dalam IPG sebelum ini.

Segala kekurangan dan kesilapan, kami mohon maaf. Banyak perubahan berlaku pada saat-saat akhir akibat dari pelbagai kekangan. Masa dan wang ringgit. Paling besar ialah dari segi bajet. Dalam apa jua program pun, masalah ini memang tidak dapat dinafikan. 

Jika ingin diulas, agak kecewa dengan sesetengah pihak. Masalah mungkin juga dari kami, pihak pengurusan. Masih banyak kekurangan. Tenaga kerja juga tidak mencukupi. Overall, saya sangat bersyukur atas kerjasama semua pihak.

Terlalu penat dengan kerja, namun bersyukur kerana akhirnya projek ini berjaya direalisasikan. Kami hanya sebagai perintis utama. Masih banyak kelemahan yang dikesan dalam penganjuran Hari Terbuka IPG kali ini. InsyaAllah akan kami bukukan segala gerak kerja dalam melaksanakan projek ini dan buku tersebut akan diletakkan di Perpustakaan Ibnu Sina sebagai rujukan mana-mana pihak yang memerlukannya suatu hari nanti. Ini merupakan salah satu permintaan pengarah sendiri.

Itu sahaja yang dapat diulas. Kepenatan. Mohon maaf atas segala kekurangan.

Selamat malam semua. :)

# Sangat tak sabar untuk bercuti setelah bekerja keras berbulan lamanya dalam membuat segala persiapan.




No comments:

Post a Comment